Bersesak di train
Kebanyakan destinasi yang dituju sepanjang di Tokyo ni, kami
sampai menggunakan train. Memang ini pun pengangkutan utama di Tokyo
ni..maksudnya pilihan utama masyarakat Tokyo (berdasarkan pemerhatian saya). Selalu
ramai je yang naik train ni, tak kira masa. Paling sesak, tentulah ketika waktu
nak pergi kerja dan balik kerja! Kami berpengalaman bersesak-sesak dengan warga
Tokyo yang hendak ke tempat kerja. Ini
berlaku pada hari kedua di Tokyo (Isnin 14 mac). Destinasi kami ke station
Shinjuku untuk pergi ke stesyen bas dan bertolak ke Yamanashi. Perlu menaiki
bas pada jam 8 pagi!
Pintu train terbuka
sahaja, nampak penuh dah orang. Rasa macam tak boleh nak masuk dah kami 10
orang dengan beg baju persalinan dan beg bekal makanan lagi. Tapi, Zharif terus
melangkah masuk. Katanya, kalau tunggu train berikutnya, sama juga. Masa perlu
dikejar! Kami pun kenalah masuk, kalau tertinggal memang cari nahaslah di bumi
Nippon yang tidak faham bahasa luar ni. Berjaya masuk, Alhamdulillah! namun,
masing-masing hanya mempunyai ruang sekangkang kaki berdiri sahaja. Nak pegang
apa-apa pun tak dapat. Kami hanya tertawa-tawa, geli hati dengan kedudukan dan
posisi masing-masing terutamanya kanak-kanak yang perlu menjengahkan kepala
sedikit untuk bernafas..alahai, sian =)
Agaknya kenapa train menjadi pilihan masyarakat Tokyo, bukan
kereta? (sebab saya lihat kereta tak banyak pun di kawasan perumahan di sini.
Flat/apartmen tinggi, kereta tak melimpah dan diparkir blocking, sedangkan
kawasan parkir tidak seluas mana). Bila dilihat kepada rangkaian train di sini,
saya yakin sebabnya ialah train merupakan pengangkutan yang efisyen. Ia sampai
ke semua tempat, cepat dan tepat masa, tanpa kesesakan lalu lintas. Ada banyak rangkaian
atau line yang boleh kita naiki untuk ke mana-mana tempat yang kita ingin
tujui. Tapi, kena tahu di stesyen mana kita perlu bertukar line. JR Line,
Odakyu Line, ….line, line… Di sesetengah station, ada sehingga tiga tingkat
laluan train. Jangan silap tingkat, nanti kita ke tempat lain jawabnya. Memang
pening sebenarnya bagi pelancong untuk memahami dan membuat pertukaran train. Tetapi, oleh kerana kami bersama Alip yang sudah menetap di Tokyo hampir lima tahun,
kami tak perlu pening-pening…ikut sahaja.
Mungkin ini adalah salah satu jawapannya kenapa parkir di kawasan apartmen tidak melimpah ruah sehingga terpaksa double parking dan blok kereta orang. Mereka banyak menaiki basikal..parking basikal pun bertingkat, jimat space!
Untuk sampai cepat ke tempat yang ditujui, pengguna boleh
pilih nak express ke atau semi express ke atau biasa. Express dan tak express
ini bukan maksudnya kelajuan train tu berbeza…kalau nak betul-betul laju, itu kena
rasa naik bullet train. Apa yang dimaksudkan dengan express tak express ini
ialah laluan yang dilalui. Kalau nak perjalanan express, kena rajin bertukar
train dan line supaya dapat elak daripada melalui dan berhenti di semua
station. Kalau tak, ikut je laluan biasa yang berhenti di semua station dan
mengambil lebih masa.
4 kali tukar train ke Odaiba
Balik kepada cerita Odaiba, first time kami menggunakan
train, kami memang tak faham apa-apa tentang ini. Kami ikut sahaja Alip.
Untuk perjalanan pergi ke Odaiba kami telah bertukar train sebanyak empat
kali!!! Memang jenuhlah pengalaman pertama anak-anak naik train…huhu.. terus
naik di Tokyo ni yang berselirat rangkaian trainnya. Sampai di satu
station,keluar daripada train di sebelah kanan beramai-ramai dan terus beratur
untuk menaiki train bertentangan di sebelah kiri. Bab beratur ni, memang bagus
orang Jepun, disiplin. Begitulah situasinya kami terkejar-kejar dengan setiap
seorang dewasa memimpin seorang kanak-kanak (Ini yang kami suka bercuti
beramai2, sebab ada orang lain boleh jagakan anak kami sekali =p). Bayangkan
situasinya dengan orang-orang Tokyo yang pantas-pantas belaka langkah
mereka. Memang pantas terkejar-kejar
sehinggakan ada sign board di satu station tertulis: NO RUSHING!
Akhirnya setelah bertukar-tukar train,kami pun sampai ke
Odaiba:
Ada Statue of Liberty...tak perlu jauh-jauh, di Odaiba, Tokyo pun ada =p
Wah, ada robot besar! Tapi time ni, Fikri not in a good mood pula..tutup muka, merajuk!
Di Odaiba ni best untuk jalan-jalan halal dating dengan pasangan yang sah ye! Untuk kanak-kanak yang belum pandai menghayati panorama, memang best berlari-lari je...jenuh nak kejar dan kawal!!
Kata Alip, di Odaiba ini ada pulau buatan. Mungkin yang di tengah gambar, background kami tu kot. Ada pantai dan lagi seronok kalau dapat menyusur pantai.
Disebabkan trip kami, trip kanak-kanak, ada ragam yang perlu ditangani…kami tak
meyusur pantai pun. Hanya pergi bergambar seperti di atas dan masuk ke mall
makan Tokayaki. Sempat juga en. hubby pergi survey ada tak jual snow glove
untuk aktiviti esoknya. Itu aje. Rasa-rasanya berbaloi tak datang dengan susah payah,
untuk aktiviti ini je..hoho..
Untuk balik dari Odaiba ni, Alip tanya kami nak ambik option
mana? Express ke biasa..waktu ni baru diterangkan perbezaannya…haha..kami
sepakat memilih biasa! Biar lambat sikit asal tak perlu bertukar train. Sian
ke budak-budak...kononnya =p
Aktiviti di dalam train
Dalam train, saya perhatikan juga aktiviti masyarakat Jepun.
Ada yang rehat, ada yang tidur..ini selalunya ketika lepas pulang dari kerja. Masing-masing
dah penat sesangatnya. Time weekdays, memang sukar nak dapatkan seat..walaupun
kami tercegat di hadapan priority seats, orang tak sudi bangun untuk memberikan
tempat duduk. Siapa yang diutamakan untuk duduk di priority seat ni?:
- Orang tua—memang bukan kami la =p
- Orang sakit dan ada device dalam jantungnya – pun kami tak tergolong
- Wanita mengandung – ditaqdirkan Allah, saya tak tergolong juga. Kalau masih ada rezeki, time rehlah ke Jepun ni, kandungan saya dah mencecah 32/33 weeks…horror juga memikirkan keadaannya,sudah sarat pergi melancong dan banyak berjalan di Jepun ni..takut dapat baby Jepun je atau atas flight..hehe..Apa pun Allah lebih tahu hikmahnya di sebalik keguguran saya ketika kandungan berusia 12 weeks. 'ala kulli hal, alhamdulillah.
- Kanak-kanak dan dewasa yang membawa anak-anak… Ha, inilah seat yang kami berhak!
Tetapi, walau bagaimanapun selalunya tak lama sangat kami berdiri…ada je orang keluar,
cepat-cepatlah kami dapatkan seat.
Puas budak-budak ni,
pengalaman first time naik train terus di Jepun. Berdiri, bersesak-sesak,
rushing tukar train…hampir setiap hari naik train. Agak-agaknya kalau tanya
pada Fikri & sisters, seronok tak naik train? Apalah agaknya
jawapannya..hehe..
Fikri bersama Pak Uda Alip, tourist guide kami.
Aktiviti yang banyak dilakukan oleh warga Tokyo di dalam train..membaca!
Apa saja yang boleh dibaca..yang saya dapat lihat, ada warga emas baca komik! Haruslah kot..Jepun memang negara anime dan segala komik-komik ni. Ada yang baca web di handphone,
cuci mata online store..
Aktiviti kami? hehe…melihat pemandangan, bersembang dengan
tourist guide kami dan juga melihat gelagat warga Tokyo! Sekali tengok dari
jauh, serius je makcik ni menghadap telefon pintarnya. Sekali semakin dekat,
baru tau…aduhai, go..go makcik, candy crush! hehe..aktiviti ini memang banyak
dilakukan, bukan oleh makcik ni seorang je, ramai lagi warga Tokyo bagi mengisi
masa lapang dalam perjalanan.
Tertinggal beg dalam train..Hari Khamis yang serabut!
Hari Khamis,
perjalanan bermula selepas Zuhur. Lunch dan solat dulu sebelum keluar. Agak
lewat kerana ada kisahnya, menunggu Alip yang perlu berurusan dengan polis Jepun! (nak tau
kisahnya, tunggu saya ceritakan dalam part 7..bila? waLlahu a’lam).
Plan asal kami diubah
apabila situasi berubah. Kami bercadang ke Ueno dan packing siap-siap sedikit
makanan petang untuk picnic di Ueno Park. Untuk menjimatkan masa, kami berjalan
kaki dahulu ke Ikuta Station. Alip akan berlari mengejar kami kemudiannya. Tiba
di station, kami menunggu kerana tidak ingat pula nak tanya, nak beli tiket ke
mana..hoho..tiada siapa pula yang aktifkan nombor di Jepun ni, jadi tak dapat
menghubungi Alip. Setibanya Alip ke station, kami pun bergegaslah..kejar
masa..jam 5 petang, biasanya dah beransur gelap. Alip mencadangkan perjalanan
diubah ke Tokyo Tower. Tak sempat nak berkejar je Ueno yang memerlukan masa
yang lebih panjang untuk aktiviti di sana.
Punya lah bergegas perjalanan di hari khamis ni,
astaghfirullah..baru si Halim sedar yang bag packnya tertinggal di dalam train.
Sedar pun ketika kami berjalan kaki dan dah hampir dengan Tokyo Tower. Penting
sangat ke beg tu? Barang-barang biasa dalam bag pack seorang bapa…baju spare
anak-anak in case perlu tukar baju, botol air. Yang pentingnya ialah inhaler! Mujurlah
pasport, pengenalan diri dan wallet diletakkan di beg kecil lain yang digantung
di badan. Kami hanya berharap yang beg itu akan dapat dikesan kemudian dan meneruskan
sahaja perjalanan ke Tokyo Tower. Inilah dia destinasi kami 17 Mac 2016:
Nampak ringan dan lancar je rombongan kami ke Tokyo Tower dengan ketiadaan beg Halim dan beg makanan, kan? kan? (@_@)
Ini salah satu obsevatory deck di Tokyo Tower. Ada lagi yang lebih tinggi dengan bayaran tiket yang lebih mahal, of course! Cukuplah kami di sini je meninjau panorama bandar raya Tokyo, ibu negara Jepun.
Apa macam, ada berani kah? Mujur kecil aje Look down window ni. Kalau satu level ni lutsinar, ada kot orang yang merangkak tak boleh berjalan dah..tapi apa pun, Kauthar tetap cool and steady. Belum reti takut!
Selain Tokyo Tower,
ada lagi tower lain yang menjadi kunjungan pelancong di Tokyo iaitu Sky Tree Tower di Sumida yang
merupakan menara penyiaran tertinggi di dunia. Namun, Alip cadangkan kami ke
Tokyo Tower kerana harganya lebih berpatutan dan lebih best kata Alip. Ye la
kot..kami ikut je. Tiket seorang dewasa ialah 900 yen, pelajar sekolah rendah atau menegah pula 500 yen, kanak-kanak 4-6 tahun pula 400 yen. Bawah umur tu, free.
Selesai menikmati panorama Tokyo di ruang tinjau ni, kami
pun mula bergerak turun untuk pulang. Sementara menunggu Alip solat maghrib dan
melapik perut dengan wafer (sian Alip, sibuk berurusan dengan polis. Apabila selesai je, terus bergegas mengejar kami ke station Ikuta tanpa sempat lunch di rumah), baru disedari bahwa beg bekalan picnic tiada! huhuhu…Sedar pun bila
anak-anak minta makan. Eh, mana roti yang kita dah packing banyak2 tu? (@_@)
Sah-sah tertinggal di Ikuta Station. What a day?! Semua tertinggal..hehe..
Tahniah warga Tokyo yang jujur!
Selesai di Tokyo, kami cuba mengesan beg Halim di kaunter lost
and found..every station ada. Semua barang yang tertinggal di dalam train, akan
dihantar oleh founder ke mana-mana station. Untuk urusan ini, memang kami semua
surrender la..tugasan diserahkan kepada satu-satunya yang fasih berbahasa Jepun.
Penjaga kaunter bertanya tentang rupa beg, apa yang ada dalam beg..train Line
mana yang kami naiki tadi. Kemudian, beliau menghubungi kaunter di station lain
dan Alip perlu ceitakan details tadi. Alhamdulillah, dah berjaya kesan di mana
beg berada. Alip seorang sahaja yang menaiki train untuk mengambil beg dan kami
tunggu sahaja di station ini (lupa plak nama station yang terdekat dengan Tokyo
Tower ni).
Sekembalinya Alip, alhamdulillah beg dalam keadaan
o.k..semua ada kecuali botol air yang diletak di tepi beg. Mungkin dah tercicir
di pusat lost and found dan Alip pun tak kenal botol air tu..tak pe la..yang
penting, beg dah dijumpai. Mudah saja rasanya nak jumpa..mana ada orang Jepun
nak pakai beg tertulis 1m Sarawak (^_^) Patriotik sungguh Halim, si warga Kuching ni!
Sekarang, tinggal beg bekalan je lagi yang belum ditemui. Beg
ini kalau tak jumpa pun, tak de rasa ralat apa pun. Di dalamnya cuma ada bekalan
roti, biskut, air dan kanvas je untuk picnic. Tapi beg tu la kenangan, sebab
beg tercetak Australia..beli di Sydney tahun 2012 dulu. Sesampai sahaja di
Ikuta Station, dari jauh sudah kelihatan beg tersebut…Alhamdulillah, tidak
berganjak dan terusik apa pun!
Beg bekal (blue black bergambar) yang diusung ke mana-mana di Tokyo. Bukanlah special mana pun, mahalnya pada kenangan.
Tahniah untuk warga Tokyo yang jujur! Semoga rakyat di
negara kita dapat mencontohi kejujuran warga Tokyo. Bukan jujur biasa-biasa
je..jujur luar biasa! Sebab Alip maklumkan bahawa dia jarang kunci pintu rumah
sepanjang duduk di Tokyo ni!! Selamat..crime rate rendah di sini. Yang tinggi adalah
kadar bunuh diri je kot! Part ni pula, memang tak boleh dicontohi langsung..huhu..
Sekian, catitan part 1.