12 Mac 2016 (Sabtu) kami bertolak ke bumi terbitnya mentari daripada KLIA pada jam 2.30 petang. Alhamdulillah selamat mendarat di Tokyo International Airport di Haneda setelah lebih kurang tujuh jam perjalanan. Teruja…mesti! Daripada anak-anak termasuklah mak bapaknya semuanya teruja, setelah lama tidak bercuti ke luar negara. Kebetulan pula tempahan tiket percutian ke Tokyo yang kami buat setahun yang lepas, bertepatan pula dengan cuti sekolah seminggu di Malaysia. Kalau ditakdirkan cuti sekolah minggu berikutnya, alahai terpaksa pontenglah dua orang murid tahun 1 dan dua orang murid tadika..phewww..Bagaimana kami teka tarikh cuti sekolah? Thanks to En. Hubby yang buat research sikit dan perbandingan cuti-cuti sekolah di bulan Mac bagi tempoh lima tahun kebelakangan; dalam sekitar minggu kedua dan minggu ketiga Mac. Akhirnya, berdasarkan berat hati, kami tawakal tempah tiket pada tarikh ini. Kenapa tempah awal sangat? hmmm…nak dapat murah ler..kos tiket utk 4 seats kami pergi balik, tempahan setahun awal daripada tarikh adalah RM5000 lebih kurang. Oleh kerana Kauthar tak cukup dua tahun lagi (lagi dua minggu nak genap dua tahun), maka tiada seat lagi dan jimat sikit duit kami =) ‘ala kulli hal, alhamdulillah..
Kembara kami ke bumi Tokyo disertai 5 orang kanak-kanak dan 4 orang
dewasa. Sorang dewasa kena kawal sorang kanak-kanak. Sorang lagi Pak Uda Alip la yang kena tolong kawal.
Sebelum mendarat, kapten Air Asia X kami telah memaklumkan bahawa suhu di Tokyo pada jam 10.30 malam (waktu mendarat- tahniah kapten berjaya sampai awal daripada jangkaan jam 11 lebih) ialah 7’c. Wah…sejuk juga tu. 12 hingga 19 Mac, tarikh permusafiran kami ini sebenarnya masih lagi dalam winter. Tepatnya ialah hujung winter dan awal spring. Minggu akhir sebelum bertolak, saya telah periksa ramalan cuaca di Tokyo menggunakan apps Accu weather…dalam 16 ke 17’c. Namun, cuaca yang kami alami di awal kembara memang sejuk dalam 6-7’c.
Apa pun alhamdulillah, kami memang telah bersedia dengan baju sejuk yang
dikemas rapi dalam beg =p Ikutkan plan kami pun, baju sejuk memang diperlukan
untuk aktiviti bermain snow! Oleh kerana baju sejuk (yg tebal betul) di dalam
beg, maka malam ketibaan itu kami dapatlah merasa suhu dingin di
Haneda…menyucuk ke tulang! Jakun budak-budak bila bernafas keluar wap..hehe..
Kami berada di Tokyo selama seminggu. Semuanya di Tokyo kecuali Isnin 14
Mac (Isnin) di Yamanashi. Tourist guide kami sepanjang di Jepun mestilah Alip (dipanggil oleh anak-anak kami sebagai Pak Uda) yang sedang menunggu
konvokesyennya yang bakal berlangsung pada 26 Mac. Beliau telah rangkakan iternari
kami untuk seminggu dan buat aggaran budget untuk perjalanan kami.
Itenari Trip Tokyo 12-19 Mac (Transport & Tiket masuk
tempat)
Tarikh
|
Masa
|
Aktiviti
|
Perbelanjaan(seorang)
|
Catatan
|
12 Mac 2016
(Sabtu)
|
22 : 30
|
-Sampai di Haneda
Airport
-Bergerak balik ke
rumah
|
Transport : Kereta
|
|
13 Mac 2016
(Ahad)
|
10 : 00
|
Odaiba
|
1) Tiket Pergi Balik
Ikuta-Odaiba (D:\1520,K: \760)
|
|
14 Mac 2016
(Isnin)
|
10 : 00
|
Tokyo tower
|
1) Tiket Pergi Balik
Ikuta-Akabanehashi (D:\990, K: \495)
2) Tiket masuk
(D:\900,K:\300)
|
|
15 Mac 2016
(Selasa)
|
10 :00
|
Ueno (Ueno Park, Ueno
Zoo, Museum, Ameyoko)
|
1) Tiket Pergi Balik
Ikuta-Ueno
(D: \944,K: \472)
2) Lawat museum, zoo (D:\1000,
K: \500)
|
|
16 Mac 2016
(Rabu)
|
7 : 00
|
Disneyland
|
1) Tiket Pergi Balik
Ikuta-Maihara
(D:\1280, K: \640)
2) Tiket masuk (D:\6200,
K: \3100)
|
|
17 Mac 2016
(Khamis)
|
8 : 00
|
Tachikawa (Hanami)
|
1) Tiket pergi balik (D:\850,
K: \425)
|
|
18 Mac 2016
(Jumaat)
|
11 : 00
|
Yoyogi mosque,akihabara
|
1)Tiket pergi balik
mosque, akihabara
(D: \927, K: \646)
|
|
19 Mac 2016
(Sabtu)
|
8 :00
20 : 00
|
Asakusa
Ke Airport
|
1) Tiket pergi balik
Ikuta-Asakusa
(D:\968, K: \484)
|
Transport: Kereta
|
Total belanjar sorang(Kanak) : \7822 (RM 280)
Ini adalah iternari asal yang dirancangkan oleh Alip sebelum kami bertolak. Walau bagaimanapun, iternari ini telah pun berubah bergantung kepada pindaan kami sebelum pergi dan mesyuarat ketua rombongan, en. hubby dengan Alip setiap malam sepanjang di Tokyo. Kami yang lain, setuju je..mengubah plan berdasarkan situasi semasa.
Akhirnya, perubahannya berlaku seperti ini:
13/3: Odaiba
14/3: Fuji Tent, Yamanashi.
15/3: Rehat, basuh baju. Melawat Universiti Meiji Alip cawangan Ikuta, kedai 100 yen. Makan sushi di Restoran Hamazushi.
16/3: Asakusa
17/3: Tokyo Tower
18/3: Tokyo Camii di Yoyogi Uehara dan Ueno Zoo+ Park
19/3: Persediaan untuk balik
Sebelum bertolak, saya dah tanya pada Alip, kenapa satu hari satu je
tempat (hamboi..nak jalan banyak2 la tu). Bila dah melaluinya di sini, I agree
memang sesuai dah tu 1 hari satu tempat je…mana taknya, nak kena naik
train..banyak jalan, mengambil kira ragam kanak-kanak lagi…hmmm… bila satu hari
satu tempat, puas ler.
Sebelum saya ceritakan lanjut pengalaman kami di setiap hari dan tempat
yang dilawati, saya nak share beberapa perkara yang mesti diambil tahu oleh
musafir sebagai persediaan sebelum memulakan perjalanan, especially ke bumi sakura ni:
1) Musim, Suhu, Ramalan Cuaca
Kami pada awalnya menjangkakan dah masuk
musim spring dan nak tengok sakura kembang dengan mekarnya di Tokyo. Tapi, time
kami bermusafir…musim peralihan winter ke spring. Masih sejuk dan bersalji di
beberapa tempat di luar Tokyo (Tokyo memang tak de salji walaupun winter) dan
sakura dah mula berputik di beberapa pokok. Sempat merasa dua musim lah
kiranya. Alhamdulillah..(walaupun banyak pokok yang togel lagi..tanpa bunga,
daun. Hanya dahan dan ranting).
Suhu dan ramalan cuaca penting untuk persediaan pakaian yang sesuai. Juga
amat penting untuk perancangan aktiviti. Tahniah Alip yang meyusun
aktiviti kami dengan baik. Hujan di Tokyo pada 14 Mac, kami isikan dengan
aktiviti snow di Yamanashi…instead of hujan, turunlah snow dengan lebat di
Yamanashi..barulah real main salji gitu.
Sepanjang di Tokyo, ada hari yang cuaca baik alhamdulillah…di hujung2
kembara suhu dah naik sikit ke 16- 17’c, macam air cond je..tak perlu dah pakai
glove. Ada hari yang windy…berangin…sejuk jugak kalau windy. Jadi, time windy
kenalah pakai baju sejuk yang tebal, stoking, glove, mafla, snow cap ke dan
sebagainya…
2) Waktu Solat
Setiap musim, jadual solatnya berbeza. Di musim winter ni, waktu Subuh
dalam jam 4 pagi lebih..syuruk jam 5 lebih. Zuhur, jam 11 lebih. Asar, jam 3
lebih. Maghrib jam 5 lebih. Isyak, tak ingat pula. hehe…sebenarnya lupa nak
capture gambar jadual waktu solat yang ditampal Alip di rumah tu..
Kena biasakanlah dengan waktu solat di sini..walaupun subuh jam 4 pagi dan jam 6 pagi tu matahari dah
tinggi..orang Jepun masuk kerja seperti biasa, jam 8 pagi. Balik kerja tetap
jam 5 petang dah gelap nak maghrib tu. Jadi, kami pun kena adapt dengan waktu
ni. jangan buat macam di Malaysia, jam 5 petang cerah lagi. Alamatnya kalau
keluar lewat, sampai ke jam 5 petang, dah gelap, tak best dah nak jalan dan
ambil gambar. Jam 4.30 Petang pun, memang nak tutup dah tempat2 lawatan kebanyakannya.
Disebabkan waktu solat yang rapat, planlah masa perjalanan. Nak keluar
lepas zuhur ke atau solat jamak di luar di mana-mana. Yang penting, solat mesti
ditunaikan. Untuk menunaikan kewajipan kita yang utama sebagai hamba Allah,
perlu lengkapkan diri dengan ilmu sedikit sebanyak. Terutamanya tentang rukhsah
ketika bermusafir dan hukum ketika bermukim.
Dalam Mazhab Syafie, seseorang dianggap musafir apabila dalam perjalanan
ke tempat yang melebihi 2 marhalah atau lebih kurang 90km dan apabila menetap
tidak lebih daripada tiga hari di tempat yang disinggah itu.
Bagi musafir, rukhsah diberikan melalui solat jama’ dan qasar. Solat
Zuhur dan Asar boleh dihimpunkan dalam satu waktu sama ada pada waktu Zuhur
(solat jama’ taqdim) atau dalam waktu Asar (solat jama’ ta’khir). Solat Maghrib
dan Isya’ juga boleh dihimpunkan dalam satu waktu sama ada pada waktu Maghrib
(solat jama’ taqdim) atau waktu isya’ (solat jama’ ta’khir). Qasar pula ialah
memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat.
Jika, dia telah berniat untuk menetap di
sesebuah tempat 4 hari maka dia dianggap sebagai bermukim di situ. Jadi, tidak
dianggap sebagai seorang musafir yang diberikan rukhsah solat. Perlu solat
tamam atau lengkap macam biasa. Keadaan kami, bermusafir dan bermukin di Tokyo
menimbulkan perbincangan sesama kami. Bagaimana kami perlu melaksanakan solat
kami? Bolehkah jama’ dan qasar? atau perlukah tamam?
Situasi kami ialah kami telah merancang untuk menetap di Tokyo selama 8
hari…ahad (13 Mac) sehingga sabtu (19 Mac). Kami sampai di tempat penginapan
iaitu rumah sewa Alip di Kawasaki (Tokyo) pada malam sabtu, menetap hanya hari
ahad sahaja dan akan Kami akan keluar daripada Tokyo ke Yamanashi yang
mengambil masa 2 jam dengan bas pada hari Isnin (14 Mac). kami akan pulang
semula ke Kawasaki pada malam Isnin (14 Mac) dan akan menetap di situ lagi lima
hari.
Confirmnya ialah perjalanan kami ke Yamanashi boleh jama’ dan qasar
kerana bermusafir. Kami berijtihad juga bahawa daripada landing sehinggalah
isnin, kami masih musafir. Masalahnya ialah lahi lima hari pemukiman kami
selepas pulang daripada Yamanashi. Confirm tidak boleh Qasar kerana kami
bermukim, iaitu menetap lebih daripada tiga hari. Perlu solat tamam ataupun
lengkap. Cuma masalah yang mungkin dihadapi ialah walapun kami bermukim di
Kawasaki, kami mobile sepanjang lima hari itu..bergerak ke sana- sini, dah
memang sedang dalam rehlah atau melancong. Naik train turun train, berjalan ke
sana-sini dengan lima orang kanak-kanak yang perlu diawasi. Agak sukar apabila
selang waktu antara solat agak sekejap di musim winter ini. Zuhur jam 11 lebih,
Asar jam 3 lebih dan Maghrib jam 5 lebih. Waktu-waktu solat yang kami akan
lalui semasa dalam perjalanan. Agak sukar mengejar waktu solat dengan
bergilir-gilir dewasa solat sambil menjaga kanak-kanak yang aktif riang gembira
dan kemudian berjalan sekejap dan kemudian masuk waktu dan perlu berhenti untuk
solat dan begitulah gambarannya.
Akhirnya setelah berbincang dan menggali kembali
memori dan ilmu yang telah dipelajari, solusi yang disepakati ialah solat
jama’. Ia adalah rukhsah yang diberikan kepada musafir. Selain itu solat jama’
juga boleh dilakukan apabila berada dalam suasana yang sukar
atau sulit. Apabila menghadapi kesukaran melaksanakan solat pada waktunya,
hukum asal solat fardhu yang telah sedia ditetapkan pada waktu yang tertentu
boleh berubah kepada menghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu. Ini bertujuan
membebaskan umat Islam daripada kesulitan yang ditempuhi. Ketiga, jama’ boleh dilakukan kerana hajat
yang benar–benar mendesak.
Jadi, kami solat jama’ tamam iaitu jama’ empat rakaat
dan empat rakaat pada waktu zuhur (jama’ taqdim untuk Zuhur dan Asar)dan pada
waktu Isya’ (jama’ ta’khir untuk maghrib dan Isya’). kami je lah…si Alip yang
memang menetap di Tokyo dah lima tahun ni, wajiblah solat macam biasa…dia
sorang je..mudah la sikit. Memang lah tak de surau pun, solatlah di mana-mana
yang bersih dan bukan di laluan orang yang boleh mengganggu lalu lintas.
Time ni, kami keluar sebelum Zuhur daripada rumah. Perlulah solat jama’
di sini- Sumida River View, berdekatan dengan Asakusa. Memang bergilir-gilirlah
turn lelaki dan perempuan sebab nak jaga anak-anak lagi.
Untuk panduan lanjut tentang solat jama’ dan qasar ini, bolehlah rujuk
blog ini antaranya: http://yazidyassin.blogspot.my/2013/06/solat-jamak-dan-qasar.html.Lebih bagus kalau boleh rujuk kepada sumber
yang menjadi rujukan kepada blog ni. Apa pun, blog ni dah memudahkan orang untuk memahami apa yang terkandung dalam kitab-kitab fiqh yang menjadi rujukannya itu. Thumbs up!!
3) Makanan Halal
Untuk memperolehi makanan halal di negara minoriti umat Islam, tentunya
tidak mudah seperti mana kita di Malaysia. Sepanjang kami berada di Jepun, kami
lebih banyak makan makanan yang dimasak sendiri..keluar selepas lunch atau bawa
bekal bersama. Balik pula, dinner di rumah. Tapi, ada juga tiga kali kami makan
di luar untuk merasa makanan di sana.
Dua daripadanya bukan makanan Jepun pun iaitu ayam golek dan kebab.
hehe..Kebab memang ada di seantero dunia…Di Sydney dulu pun, kebab mudah didapati. Dua gerai ini, ada pengesahan halal Jepun. Tapi, kita tidak boleh expect
keseluruhan operasi restoran atau gerai makanan ini patuh syariah atau halal
sepenuhnya. Ini kerana walaupun halal, mereka menjual beer bersama. Kata
Alip, orang Jepun memang kaki minum. Memang kena ada beer untuk menarik
pelanggan Jepun bertandang ke gerai makan. Terpamer jelas di tempat makan yang
kami pergi. Nak buat macam mana…yang penting, makan makanan halal.
Saray Kebab di Asakusa. Yang halal hanyalah chicken kebab. Yang beef, tak
halal ye. hoho…
Gerai ayam golek di UENO ni glamour. Banyak dikunjungi oleh orang
Malaysia termasuklah selebriti seperti Raja Farah, Zizan, Fizo Omar dan
lain-lain. Gambar mereka dipaparkan di dinding gerai
Untuk merasa makanan Jepun, kami pilih ke Hamazushi…apa lagi, sushi lah. Restoran ini dipilih kerana satunya halal dan kedua, sushinya tidaklah mentah je semata. Ada pilihan sushi tempura, sushi salmon bakar dengan keju dan lain-lain. Namun, seperti yang dinyatakan tadi, ada juga beer..huhu.. Di sini kami cuba lah selera Jepun..of course kami cuba sushi dengan topping yang dimasak. Tak lalu ler makan yang mentah walaupun Jepun memang terkenal dengan makanan laut yang segar…ada juga nampak sushi mentah seperti udang, sotong, salmon.. Oleh kerana kami orang Melayu, en. suami terutamanya tidak boleh menerima selera Jepun ini. Ditambah pula dengan menggunakan chopstick yang memang tak biasa digunakan…habis lerai nasi sushi tu..hehe.. anak-anak pun sama, guna chopstick sebatang je dicucuk-cucuk sushi tu, macam mana nak makan. hehe.. Akhirnya, saya tempah mee udon untuk diri sendiri dan untuk anak-anak, mereka nak kek 2 potong dan kami tambah lah french fries…hehe..yang paling menikmati sushi ni, siapa lagi kalau bukan Pak Uda Alip…dah lima tahun duduk Jepun, dah sebati dengan selera dia kot. Sila-sila…
Bolehlah kedai ini..satu pinggan yang ada dua ketul sushi berharga 100yen
= RM3.70. Jadi, selepas selesai makan, waitress datang kira pinggan. yang
mahalnya yang kami makan ialah yang selain sushi tu..huhu…
Menariknya di kedai sushi ni dan di mana-mana kaunter bayaran di Jepun ini
ialah akad jual belinya. Of course en. suami tak faham pun kecuali arigato
gozaimas dan hanya boleh balas hait..hait..haha.. Bila ditanya kepada Alip,
apa yang panjang sangat cashier tu cakap. Bila kita bayar, cashier akan cakap:
“Saya terima daripada tuan 10,000 yen.” Bila cashier pulangkan baki duit
kertas, dia cakap: “Saya pulangkan kepada tuan enam ribu yen”. Bila dia
pulangkan duit syiling, dia cakap pula: “Saya pulangkan kepada tuan tujuh ratus
dua puluh satu yen”. Lebih kurang gitu lah. Detail sungguh akadnya =) Bagus,
mengalahkan kita!
Selain daripada tiga restoran dan gerai makan ni, kami bawa bekal lah
sendiri ke mana-mana:
Penat-penat main salji, isi perut dengan bekal nasi goreng dulu. Ingat
nak memanaskan badan dengan makanan, nasi goreng dah jadi sejuk pula..macam baru
keluar daripada peti ais..hoho…
Makan mihun goreng (mihun bawa dari Malaysia..huhu) bersama burung-burung
merpati yang nak mengendeng makan biskut Tiger daripada Malaysia jugak =) Lokasi: Sumida River View, di Asakusa.
Untuk mendapatkan bekalan bahan mentah halal, apa yang biasa dilakukan
oleh Alip ialah memesan online. Ada halal store online yang akan menghantar
bekalan daging, ayam dan sebagainya. Hari ini order, esok dapat insyaAllah.
Untuk barangan lain seperti roti, aiskrim dan lain-lain, kami hanya ikut sahaja
apa yang dikatakan boleh dan tidak boleh oleh Alip berdasarkan pengalaman
hidupnya lima tahun di Tokyo. Nak cari logo halal pada produk, memang sangat
limited lah. Industri halal pun sangat baru lagi nak berkembang di bumi sakura
ni. Jadi, untuk muslim di negara-negara minoriti Muslim begini, pilihan yang
boleh dilakukan ialah menyelidik bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu makanan. Kalau bebas daripada bahan-bahan yang haram, maka yakin dan
makan je lah.
4) Budget
Anggaran perbelanjaan memanglah perkara utama yang perlu dibuat sebelum
embark on a journey. Mestilah kita tak mahu terkandas di negara asing,
keputusan wang. Berbelanja dan rancanglah perjalanan mengikut budget. Adakan
duit poket secukupnya mengambil kira kos pengangkutan, makan, penginapan,
souvenier dan lain-lain perbelanjaan kecemasan.
Bagi yang ada kad kredit, jika
keputusan wang bolehlah guna. Namun, jangan jadikan amalan dan escapism yang
mudah. Kredit kan maksudnya hutang…belanja dulu, kemudian bayar..pening kalau
hutang bertimbun.
Perbelanjaan kami yang paling besar ialah ke Yamanashi untuk main salji.
Lebih kurang RM1,000 iaitu 1/3 daripada duit poket yang kami bawa dibelanjakan
untuk menjayakan misi once in a life time ini. Kosnya merangkumi tiket bas
untuk pergi dan pulang, tempahan boot salji untuk semua orang kecuali Kauthar
yang hampir berusia 2 tahun (sebab tak de saiz), pakaian salji kami ambik utk
sorang kanak-kanak je..Fikri pakai bajunya dan khadijah pakai
seluarnya..huhu..jimat ni. Kami yang dewasa tak perlu sebab baju sejuk kalis
air dah. Lagi, tiket untuk masuk park di sebelah tu, dengan sewa sled 3 buah
untuk kanak-kanak meluncur dengan gumbira. Lagi perbelanjaan yang terpaksa
dikeluarkan untuk menjayakan misi ini ialah pembelian snow glove untuk
kanak-kanak ni..huhu..guna skali je kot, lepas ni tak tau bila lagi nak guna.
Sepasang berharga 2,500 yen.. Nasib baik untuk dewasa boleh pinjam
daripada kawan-kawan Alip. Untuk kanak-kanak terpaksalah, student Malaysia
di Jepun undergrad pulak tu, mana ada anak-anak lagi.
Walaupun banyak pelaburan kami untuk misi salji ni, berbaloi-baloi
rasanya bila inilah menjadi aktiviti yang paling best bagi kami semua sepanjang
berada di Jepun. Once in a life time kot..kalau ada rezeki, mungkin boleh main
salji lagi di mana-mana..siapa tau kan?
Kos kedua terbesar ialah kos pengangkutan. Kos train secara purata untuk
seorang dewasa bagi perjalanan kami ke beberapa tempat seperti Odaiba, Ueno,
dan Tokyo Tower ialah 1000 yen. Kanak-kanak sorang je kene bayar iaitu Fikri 7
tahun separuh. So, sekali perjalanan dalam 2500 yen untuk keluarga kami.
Khadijah dan Kauthar free.
Kos parking memang tinggi juga. Sekali je kami jalan guna kereta iaitu ke
Asakusa. Parking dulu, bayar kemudian di mesin parking. Parking per hour. Dalam
empat ke lima jam kot kami di situ…total parking untuk tempoh tu ialah RM80!!
huhu…memang mahal! parking pun bukan senang nak cari dan limited, masyarakat
Jepun banyak naik train.. tapi kira murah la sikit berbanding parking di Sydney
untuk jalan-jalan di Darling Harbour tahun 2013 dulu yang mencecah RM180 dalam
tempoh yang sama..hoho…hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baik negeri sendiri..hehe..time ni baru rasa murahnya parking di
Malaysia..oh, tanah air ku yang tercinta =)
Selain kos ini, kos makan. Tapi disebabkan kami bawa bekal, maka dapat
berjimat. Ditambah lagi dengan bekalan serunding, sambal hitam, sardine, mihun
kering, roti dan lain-lain kami bawa dari Malaysia, kosnya lebih murah daripada
nak beli di Jepun. Selain itu, kami cuba menghabiskan apa yang ada di rumah sewa
bujang ni. House mate Alip dah balik Malaysia dan Alip juga nak balik terus
ke Malaysia, maka segala bahan seperti tepung, spageti, apa yang ada akan
diolah dengan kreatifnya oleh saya sebagai tukang masak untuk menjadi juadah
kami. Rezeki jangan ditolak. Jadi, Alip nak keluar rumah ini tak perlu
pening-pening nak kosongkan dapur..hehe..
5) Bahasa
Bahasa dan komunikasi adalah satu masalah di Jepun. Bukan
satu masalah jika anda pandai berbahasa Jepun. Jika tidak pandai, memang
masalah. Kebanyakan papan tanda adalah dalam bahasa tempatan. Rakyat Jepun pun,
kurang sangat yang pandai berbahasa Inggeris. Buktinya, petugas di airport yang
menjadi tempat tumpuan pelancong pun tidak memahami Bahasa Inggeris. Bukan
tanya apa pun, tanya trolley je nak letak beg..tidak difahaminya. Perkataan
toilet pun tidak difahami…huhu..ini cerita di Kedai kopi standard bersebelahan
Ikuta Station (train). Bila ditanya kepada Alip, katanya untuk tanya toilet,
sebutkan toire..baru mereka faham.
Aduhai, anak-anak..time menunggu Pak Uda Alip kamu berlari balik ke rumah ambik kereta untuk fetch kami di Station Ikuta ni, ada je yang nak terkucil..huhu..terpaksalah tumpang toire di kedai kopi sebelah. Macam-macam ragam trip dengan budak-budak ni.
Memang bahasa Jepun adalah bahasa kebangsaan sejati bagi bangsa Jepun. Menurut Alip, bahasa Inggeris asas hanya mula diajar kepada pelajar di peringkat menengah. Mereka tidaklah begitu menekankan penguasaan bahasa Inggeris untuk maju…tapi, maju tak mereka? maju je..huhu..
Jadi, jika anda ingin ke Jepun, elokla ada seorang yang
pandai berbahasa Jepun untuk melancarkan segala urusan.
Banyak lagi yang nak dikongsikan tentang rehlah ke bumi
terbitnya mentari ni…InsyaAllah akan disambung lagi dan dipecahkan kepada beberapa
part berikut:
PART 1: ODAIBA DAN KISAH TRAIN DI TOKYO
PART 2: THE MEMORABLE SNOW EXPERIENCE!
PART 3: ISLAM DIJUNJUNG DI ASAKUSA, BUMI TRADISI JEPUN
PART 4: UKHUWWAH ISLAMIYYAH
DI TOKYO CAMII
PART 5: UENO PARK DAN ZOO: MEMANG BERBALOI!
PART 6: KEBERSIHAN DAN BUDAYA 3R DI JEPUN
PART 7: IBRAH
DARIPADA BUMI SAKURA
InsyaAllah jika ada kelapangan waktu, catatan ini akan disambung lagi. Pengalaman jika disimpan sahaja dalam memori, hanya akan menjadi kenangan indah sahaja. Tetapi, jika dikongsikan melalui catatan, mudah-mudahan ibrahnya dapat memberi manfaat buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan