Alhamdulillah...saya dan suami berkesempatan untuk menghadiri program wajib yang diaturkan oleh tadika anak kedua kami pada 21 Februari yang lepas. Seminar yang sangat menginspirasikan. Satu perkongsian oleh Pengasas rangkaian tadika Little Caliph iaitu Pn Sabariah Faridah Jamaluddin tentang visi dan misi dalam membina generasi khalifah muda. Beliau juga berkongsi teknik-teknik yang berkesan dalam mengajar anak-anak membaca sewala usia agar pengajaran ibun bapa di rumah selari dengan apa yang diajarkan di sekolah. Alhamdulillah, seminar ini percuma =) tetapi untuk para ibu bapa anak-anak Little Caliphs sahaja.
Sebelum saya mencoretkan sedikit perkongsian tentang apa yang saya perolehi sedikit sebanyak daripada seminar ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Puan Sabariah dan suami yang membangunkan satu modul pendidikan pra sekolah yang holistik. Tadika yang menekankan nilai-nilai Islam tanpa mengkesampingkan kemahiran asas 3M- Membaca, menulis dan mengira..Ini kemahiran yang kita biasa dengar zaman kita kanak-kanak dulu kan? Sekarang sudah maju ma..bukan 3M lagi..tadika-tadika di abad 21 ini hampir semuanya (especially swasta) bersaing untuk menawarkan pendidikan holistik merangkumi beberapa M lagi.. Menghafaz dan Mengamal. Dari tadika lagi, kanak-kanak di kebanyakan tadika Islamik diajar hafazan doa dan surah-surah pendek. Selain itu, anak-anak juga diajar untuk mengamalkan amalan-amalan Islam harian seperti solat. Jadi, boleh saya rumuskan bahawa kemahiran yang diterapkan ialah 5M kesemuanya. Inilah yang terkandung dalam pendidikan anak-anak abad ke 21.
21st Century Education: Challenges
Zaman kita dan anak-anak memang berbeza. Kalau kita generasi Y, anak-anak kita sekarang, generasi alpha. Realiti dan perubahan zaman membentuk karakteristik kita dan mereka. Ciri-ciri yang paling ketara pada anak-anak kita di abad 21 ini ialah attachment mereka kepada gadget!! Ini sangat mempengaruhi personaliti mereka secara langsung mahupun tidak langsung. Anak-anak kurang bersosial, kurang fokus kepada pembelajaran, mahu yang mudah sahaja, lambat bertutur dan fungsi saraf halus yang lemah adalah sebahagian daripada impak pendedahan kepada gadget yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendidikan mereka di sekolah. Masalah yang biasa dikesan pada anak-anak ialah tidak boleh memegang pensel dengan baik..jadi proses belajar menulis mengambil masa sedikit. Ini kerana anak-anak yang selalu menggunakan gadget akan menggunakan satu jari sahaja untuk sentuh dan slide screen. Hanya satu sahaja jari digunakan dalam aktiviti ini. Rangsangan yang kurang kepada saraf motor halus ini, menghasilkan rangsangan yang kurang juga kepada otak! Yes, it makes sense..tapi saya terfikir juga, adakah sebab anak-anak tidak mahir memegang pensel disebakan mereka memang dihantar terlalu awal ke sekolah?? hehe..ye la, seawal 3++ tahun atau 4 tahun lagi dah dihantar. Ummi dulu, 6 tahun baru gi tadika..pun tak reti juga nak pegang pensel awal2 tu kot =P
Kesan langsung pula daripada penggunaan gadget yang ditakuti berlaku kepada anak-anak kita ialah perlakuan negatif yang ditiru daripada aplikasi dalam gadget. Astaghfirullah...Pn Sabariah mendedahkan ada pelajar yang melakukan aksi2 yang tidak manis dan apabila diselidiki, aksi tersebut ditiru daripada youtube. Pastinya tanpa disedari oleh ibu bapa...secara tidak sengaja, dalam mencari kartun pilihan, keluar video-video tidak manis yang akhirnya ditonton dan terpahat di memori anak-anak yang masih suci..Allahu akbar, besarnya cabaran ibu bapa kini.
Saya fikir, impak daripada pendedahan terhadap gadget yang terlalu awal mungkin sebahagian daripada faktor disorders yang pelbagai kepada anak-anak kini. Wallahua'lam...ini telahan saya sendiri sahaja. Antaranya seperti Autisme, ADHD, Dyslexia yang semakin banyak dikenalpasti di zaman ini. Mungkin juga berlaku peningkatan gangguan terhadap bahagian tertentu otak anak-anak di zaman ini disebabkan faktor pemakanan ibu kata Pn. Sabariah..Wallahua'lam..jadi beliau mengesyorkan pemakanan makanan sunnah oleh ibu seawal fasa kehamilan lagi dan diteruskan pengambilannya oleh anak-anak selepas itu. Disorders ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh para pendidik terutamanya pada peringkat pra sekolah. Ibu-bapa dan guru harus peka dengan simptom-simptom gangguan ini supaya terapi permulihan dapat diberikan dari awal kepada anak-anak. Anak-anak ini sempurna fizikalnya speerti anak-anak lain, jadi pengesanan awal boleh dibuat melalui tingkah laku mereka.
Antara ciri-ciri autistik yang dikongsikan oleh Pn Sabariah ialah:
1) Mata anak tidak fokus
2) Tidak pandai bergaul
3) Tidak suka ke sekolah
4) Tidak suka guru
untuk ciri-ciri lain, boleh rujuk kepada pautan ini: http://praintegrasiskkk1.blogspot.my/2009/01/ciri-ciri-autisme.html
Untuk kanak-kanak dyslexia pula, masalah yang dihadapi oleh anak-anak antaranya ialah:
1) menulis terbalik bagi huruf: 3, 7, b, d, s..
2) membaca merangkak kerana mereka melihat huruf tersebut terbalik. Anak-anak dyslexia akan membaca buku dengan menyengetkan buku ke kiri atau ke kanan untuk melihat dengan betul. Jangan luruskan buku mereka, ini akan menyukarkan lagi mereka untuk membaca. Jika kita betulkan buku mereka tegak lurus, mereka pula akan menyengetkan kepala ke kiri atau ke kanan untuk membaca.
3) Bijak dalam matematik! Albert Einstein yang terkenal itu adalah seorang disylexic!
Untuk ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) pula, antara ciri-cirinya ialah hyperactive. Anak yang aktif itu biasa, sebab itu memang ciri-ciri kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut berkenaan ADHD, beliau syorkan carian berikut:
ADHD in children- Kanak-kanak
Laman yang saya jumpa: http://www.medicinenet.com/adhd_in_children/article.htm
ADHD in adolescent - Remaja
Laman yang saya jumpa: http://www.webmd.com/add-adhd/childhood-adhd/adhd-teens
ADHD in adults- Orang dewasa pun ada!
Laman yang saya jumpa: http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/adult-adhd/basics/definition/con-20034552
Boleh juga refer di laman lain. jadi ibu bapa ni, memang kena banyak membaca kan??
21st Century Education: Vision and Dreams
Sebagai ibu bapa dan pendidik, visi mesti jelas! Apa yang nak dilakukan dengan cabaran yang ada? Apa yang nak diusahakan dengan realiti 2 juta remaja di Malaysia kini tidak pandai membaca al-Quran? Daripada kurang lebih 18 juta orang Islam di Malaysia, 10 juta tak pandai baca al-Quran? (bilangan ini berdasarkan catitan saya, mungkin ada silapnya..tapi hakikatnya memang berjuta-juta dan menyedihkan).
Terima kasih kepada usahawanita berjiwa murabbiah seperti Puan Sabariah dan pengusaha tadika Islamik yang lain yang mengambil tanggungjawab untuk memperbaiki realiti kini dengan vision yang jelas:
I am khalifah of Allah
I make myself a good people
I help others become good
I make the world clean and beautiful
Untuk melahirkan khalifah yang berdaya saing dan kental berhadapan dengan cabaran semasa, pendidikan di abad 21 mesti melahirkan seorang pelajar sebagai:
* communicator
* collaborator
* critical thinker
* creative
Dengan itu, fun, creative and explorative learning perlu diintergrasikan dalam pendidikan anak-anak di sekolah dan juga di rumah.
21st Century Education: Techniques
Untuk peringkat awal, penguasaan yang ditekankan ialah IQRA' atau membaca. Iqra' adalah wahyu pertama diturunkan oleh Allah, kunci kepada segala pengetahuan, kemajuan dan peradaban.
Why do we want our children to read fast?
* Instilling the love of reading
* Readers are leaders
* To be able to read story books and increase vocabulary
* To have confidence in oneself
* Able to read before going to standard 1
Anak-anak yang lambat membaca kini, akan ketinggalan! Namun, jangan dipaksakan anak-anak membaca dengan kekerasan kerana ini akan menimbulkan benci anak-anak terhadap aktiviti membaca. Bacalah bersama-sama anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan. Peluk anak, pegang buku bersama, dan tunjukkan jari pada perkataan yang dibaca, kiri ke kanan bagi Bahasa Melayu dan Inggeris. Kanan ke kiri bagi tulisan jawi dan Iqra'/Qira'ati/Muqaddam. Jika kita penuhi keperluan emosi anak-anak untuk dimanja dan dikasihi, insyaAllah pembelajaran akan lebih mudah. Apabila sudah sayang kepada pendidik (guru/ibu/ayah), pelajaran lebih mudah diperolehi oleh anak-anak =)
Kaedah yang membantu untuk cepat membaca kini ialah kaedah phonic. Biasanya bacaan Bahasa Melayu dimulakan terlebih dahulu kerana huruf dalam BM dan bunyi/foniknya selari berbanding Bahasa Inggeris. Kaedah mengeja seperti zaman ummi dahulu, tidak lagi dipraktikkan di kebanyakan tadika kini. Penggunaan kad imbas, gerak badan dan lain-lain juga dapat membantu. Jika rajin, ibu bapa bolehlah buat sendiri alat bantu mengajar yang menyeronokkan anak-anak. Mungkin contohnya ada di laman little caliphs ini: http://raisingyoungcaliphs.blogspot.my/
Untuk membolehkan anak-anak menulis pula, di peringkat awal ini perlu banyakkan sensory play. Bagi anak-anak bermain dalam erti kata sebenar =P bukan main game di gadget! Biar saraf-saraf motor di tangan anak-anak bekerja kesemuanya...uli-uli doh, bina blok mainan, main lontar dan sambut bola, buat aktiviti kraf dan lain-lain. Kita tidak mahu anak-anak kita lost in the woods (hilang dan tenggelam di alam maya). Saya cuba cari cerita tentang the lost boy in the woods yang disebut Puan Sabariah ketika seminar sebagai tamsilan kepada kanak-kanak digital kini..tetapi saya hanya berjumpa dengan sebuah buku tulisan pakar perunding kanak-kanak Richard Louv yang bertajuk "Last Child in The Wood: saving our Children from Nature deficit Disorder". Boleh baca review buku ini di sini: http://richardlouv.com/books/last-child/
"I like to play indoors better 'cause that's where all the electrical outlets are," reports a fourth-grader. Never before in history have children been so plugged in-and so out of touch with the natural world. In this groundbreaking new work, child advocacy expert Richard Louv directly links the lack of nature in the lives of today's wired generation-he calls it nature deficit-to some of the most disturbing childhood trends, such as rises in obesity, Attention Deficit Disorder (Add), and depression. Some startling facts: By the 1990s the radius around the home where children were allowed to roam on their own had shrunk to a ninth of what it had been in 1970. Today, average eight-year-olds are better able to identify cartoon characters than native species, such as beetles and oak trees, in their own community. The rate at which doctors prescribe antidepressants to children has doubled in the last five years, and recent studies show that too much computer use spells trouble for the developing mind. Nature-deficit disorder is not a medical condition; it is a description of the human costs of alienation from nature. This alienation damages children and shapes adults, families, and communities. There are solutions, though, and they're right in our own backyards. Last child in the Woods is the first book to bring together cutting-edge research showing that direct exposure to nature is essential for healthy childhood development-physical, emotional, and spiritual. What's more, nature is a potent therapy for depression, obesity, and Add. Environment-based education dramatically improves standardized test scores and grade point averages and develops skills in problem solving, critical thinking, and decision making. Even creativity is stimulated by childhood experiences in nature.
Kalau nak baca lebih lagi daripada sinopsis di atas, boleh beli di amazon.com..hehe : http://www.amazon.com/Last-Child-Woods-Children-Nature-Deficit/dp/156512605X
__________________________________________________________________
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ummi. Tulisan di sini mungkin lebih kekal lama berbanding catitan di buku yang dikhuatiri hilang =P
Semoga ibu bapa di luar sana turut mendapat manfaat dengan sedikit perkongsian ini. Bersama-samalah kita membangunkan generasi soleh/ah yang akan menyambung perjuangan para anbiya' dan solihin terdahulu.
Anak itu amanah! Kitalah yang mencorakkannya..
Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan daripada Allah yang Maha Agung.