Isnin, 1 Februari 2016

AZAM TAHUN BARU 2016

Saban tahun pasti orang akan bertanyakan apa azam tahun baru anda sehingga kita yang pada awalnya tidak terfikir pun, pasti akan merenung ke dalam diri dan berfikir...

APA YE AZAM TAHUN INI?
Pelbagai jawapan yang kita dengar...paling mudah, melaksanakan azam tahun lepas yang belum tercapai =) Jawapan ini pun sudah baik daripada tiada azam langsung.

Mengapa? Apa pentingnya azam?

AZAM itu bermaksud tujuan yang hendak dicapai atau apa yang dimaksudkan. Ini pengertian dalam Kamus Dewan. Dalam pengertian lain, azam adalah cita-cita atau matlamat yang ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh masa tertentu.

Dalam kamus orang-orang yang berjaya, azam adalah satu perkara utama.  Mengapa tidak? Tanpa azam atau matlamat yang jelas, kita tiada hala tuju dan pastinya tiada tindakan yang terarah dilakukan untuk mencapai sesuatu dan mendekati kejayaan.

IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL!

Sebaik-baik azam ialah yang merangkumi semua aspek secara seimbang:
* Spiritual   * Keluarga   * Kerjaya     * Pendidikan    * Kewangan

Ini kerana sebagai seorang Muslim/ah, kita perlu sentiasa sedar bahawa dunia adalah tempat transit dan akhirat adalah destinasi sebenar kita. Azam untuk kehidupan di dunia ini biarlah yang menambah bekal untuk kehidupan kita yang kekal di sana.

Untuk tahun 2016, pertama kalinya saya berjumpa dengan sebuah Planner yang sangat membantu untuk saya merangka azam atau matlamat secara seimbang dan berkala. Inilah dia Planner Muslimah Produktif 2016! Pertama kali melihatnya, terus jatuh cinta!!








Lengkap semuanya dalam Planner ini kan? Sangat membantu Muslimah untuk menguruskan diri, keluarga, kerjaya, ibadah, kewangan.

Wajib jadi teman sejati ke mana-mana. Dalam planner ini juga ada ruangan untuk Jurnal Kesyukuran. Catitkan sahaja apa yang kita syukuri pada hari-hari tertentu..Terima kasih Ya Allah kerana...

Alhamdulillah, planner dah ada. Tinggal untuk memenuhkan sahaja ruangan-ruangan yang tersedia dengan matlamat jangka panjang dan jangka pendek,

Jadi, apa ye azam saya tahun 2016 ini?:
Antaranya:
1) Menjadi seorang individu yang lebih berpengurusan..mestilah dengan bantuan planner ini. Dengan perancangan dan pengurusan yang baik, insyaAllah dapat membantu saya menyeimbangkan tugas sebagai seorang isteri, ibu, pendidik, pekerja dan paling utama Hamba kepadaNya.

2) Menjadi Muslimah yang bermanfaat untuk orang lain..secara spesifiknya dengan menjadi seorang Pendidik Penyayang- Dakwah pelajar-pelajar dengan kasih sayang. Kedua, memperbanyakkan penulisan melalui blog ini, artikel jurnal, buku dan lain-lain. Ilmu yang disampaikan melalui lisan di bilik kuliah mungkin akan hilang selepas kuliah berlalu...kekal sebagai jariah jika diamalkan oleh pelajar-pelajar. Namun, tulisan yang tersebar lebih kekal lama untuk dimanfaatkan oleh semua yang membaca tanpa batas sempadan negara dan zaman.

APA AZAM TAHUN BARU PEMBACA? KONGSIKAN AZAM HEBAT DI SINI UNTUK INSPIRASI SEMUA.

*** Jika berminat untuk mendapatkan Planner di atas bagi menguruskan perancangan dan pengurusan hidup sahabat-sahabat sekalian, boleh hubungi saya 019-2621334 =)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan