Selasa, 21 Julai 2015

Rutin Ramadhan

Ramadhan telah pun berlalu. Hari ini sudah 6 Syawal 1436H. Riang dan gembira bertemu sanak saudara…setahun sekali dapat bersua. Di sebalik keriangan, ada sedikit sendu meninggalkan ramadhan…entah ini Ramadhan kita yang terakhir. Doa dipanjatkan agar Allah menerima semua amalan kita.

TaqabbalaLlahu minna wa minkum.
Min al-‘Aidin wa al-Fa’izin

Doa dipanjatkan juga agar kita dapat bertamu lagi dalam madrasah Ramadhan yang akan datang dengan azam untuk memperbaiki segala kelompangan pada amalan yang lepas.

Bercakap tentang rutin Ramadhan…apa yang terlintas? Memanglah dalam bulan Ramadhan, ada amalan ibadat khusus  yang kita lazimi tahun ke tahun. Tarawih, qiyam, sedekah, tilawah dan tadabbur al-Quran..semuanya dilaksanakan sebaik mungkin mengikut keperluan. Sayang sangat jika tertinggal…sedaya upaya juga lah kita tunaikan. Walaupun satu cabaran besar bagi ibu-ibu yang menjaga anak2 di rumah. Sekadar yang mampu… kadang-kala tarawih 6 rakaat..huhu..(tak sempat dah nak tambah sebelum bersahur).

Selain ibadat-ibadat khusus ni, ada lagi yang elok dijadikan ibadat berkala di bulan Ramadhan. Para isteri dan ibu-ibu pasti biasa menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga kan? Sekali-sekala lebihkan masakan untuk dikongsi bersama dengan jiran tetangga. Air tangan sendiri itu, lebih mahal nilainya. Tak sama dengan beli di bazaar Ramadhan.

Masyarakat Melayu kita dulu-dulu subur dengan budaya ini. Bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Jika diberi bekas berisi, pasti dipulangkan kembali berisi. Ini budaya yang sihat! Merapatkan silatur rahim. Tetapi kini, mungkin sudah terhakis sedikit demi sedikit budaya ini. Ye lah, dengan kesibukan masing-masing bekerja…

Tetapi inilah salah satu peluang untuk merapatkan hubungan. Bila lagi nak menjamu jiran tetangga..Biasanya di bulan Ramadhan dan Syawal..tetapi ganjarannya lebih besar di bulan Ramadhan. Pahala dilipat gandakan oleh Allah. Yang penting ikhlas sebagai syarat utama diterima amalan.

Nak kongsi juadah apa?

Apa sahaja yang mudah bagi kita…apa yang kita masak untuk keluarga di rumah, itulah yang dikongsikan. Mudah! Di bawah ini hanyalah contoh:

·         Labu masak lomak cili api
Beli labu sebiji di pasar. Confirm dah tak habis kalau setakat makan dua orang (ummi dan abah), anak-anak kecik tak makan sayur labu. Jangan risau, masak je sebiji habis dan bagi pada jiran.
·         Bubur pulut hitam
Biasalah…puasa-puasa ni, teringin nak makan itu..ini..Pencuci mulut mesti nak, baru lengkap juadah berbuka. Bubur pulut hitam memang kegemaran saya dan suami. Kalau nak masak, satu peket tu jadi banyak. Mudah je kan..masak je sepeket banyak tu, kongsi dengan beberapa orang jiran tetangga.

·         Triffle
Tahun ni, kami kongsikan triffle. Buat dalam bekas tupoperware kecil2, sedekahkan pada jiran-jiran. Mudah kan..jangan lupa tinggalkan satu bekas untuk keluarga sendiri pula.hehe..

·         Sambal hitam Pahang
hehe…yang ini confirm, bukan saya yang buat. Beli aje…beli banyak-banyak untuk stok pembuka selera bulan puasa ni, sedekahkan pada family dan kawan-kawan beberapa peket atau bekas.

·         Udang goreng butter
Yang ni menu potluck untuk berbuka di rumah family. Kebetulan stok udang harimau banyak di rumah…Rezeki diberi oleh bapa mertua..2 kg. Rezeki bapa mertua juga, beli daripada kenalan (nelayan di Sitiawan), satu kilogram RM10 sahaja! (murah betul! Biasanya sekilogram RM37+-)..alhamduliLlah..rezeki dikongsi bersama.

·         Anjurkan majlis iftor di rumah
Ini kuasa en. suami lah ye. Jemput kenalan berbuka puasa dan bertarawih di rumah. Yang ini lagi banyak boleh disedekahkan pada orang…ikut kemampuan tuan rumah la ye. Kami konsep potluck juga. Tuan rumah sediakan yang utama sahaja..yang lain bawa sorang sikit.

·         Banyak lagi yang boleh dikongsi..apa yang dibeli di bazaar Ramadhan tu, boleh dilebihkan sedikit beli dan sedekahkan pada orang.

·         Sponsor berbuka di masjid atau surau.

Tahun depan nak kongsikan apa? boleh fikir2 dah..hehe..lama lagi nak tiba Ramadhan. Mulakan dengan azam..kemudian lazimi..sehingga menjadi rutin ibadat pada setiap kali Ramadhan. Biar simple dan kecil, tetapi dibuat dengan kesedaran dan ilmu dan niat yang ikhlas, mudah-mudahan besar nilaiannya di sisi Allah.


Selamat beramal!

Selasa, 14 Julai 2015

Rayuan ke SRAI

Sebenarnya, tidaklah beria sangat untuk ummi buat rayuan kemasukan Fikri ke SRAI. Tetapi, abah suruh cuba je..buat je rayuan, kalau memang tak de rezeki, tak dapat, tak pe lah. Yang penting usahakan je dulu. Nak buat surat rayuan ni, perlu ada justifikasi..info asas pun kenalah tau. Nak ajukan kepada siapa dan sebagainya. Dulu2, katanya ajukan kepada pengetua sekolah je..tapi ketika taklimat semasa ujian kemasukan pada 20 Jun 2015 dulu, katanya prosedur terkini ialah rayuan kepada JAIS directly. Dalam dok google cari info, terjumpalah ummi dengan beberapa blog peribadi ibu-ibu yang menceritakan pengalaman untuk menghantar anak2 ke SRAI.

Allahu Akbar! Begitu sekali rupanya ikhtiar mereka yang membuatkan anak-anak mereka berjaya diterima masuk. Daripada 400++ permohonan, anak-anak mereka termasuk dalam 180++ yang diterima masuk. Ada yang terima tawaran kemasukan setelah lulus ujian kemasukan…ada juga yang menolak tawaran itu dan akhirnya menghantar ke sekolah kebangsaan biasa sahaja.

Apa ikhtiarnya? Paling ringan ikhtiar yang dilakukan ialah membuat latih tubi 3 bulan sebelum ujian kemasukan dan melakukan ujian tersebut beberapa kali. Buku contoh soalan-soalan lepas itu difotostat dan dibuat dua atau tiga kali. Latihan kali terakhir dilakukan simulasi kepada ujian sebenar…dalam tempoh masa yang sama!

SubhanaLlah…begitu sekali ikhtiarnya! Betapa nilai tarbiyyah yang ada di institusi pendidikan seperti SRAI sangat bernilai di mata ibu bapa kini. Ibu bapa mengharapkan sokongan tarbiyyah anak-anak daripada sekolah bagi memudahkan pendidikan anak-anak mereka di rumah. Sinergi sekolah dan rumah dilihat sangat penting bagi melahirkan seorang khalifah. Dengan cabaran semasa, ramai yang khuatir dengan pengaruh negative yang mungkin meresap ke dalam jiwa anak-anak di sekolah biasa yang tidak menerapkan kaedah tarbiyyah islami.

Usaha kami untuk SRAI? Allahu akbar! Malu rasa untuk dikongsi…biasa-biasa sahaja berbanding usaha yang dilakukan oleh mereka yang berjaya menempatkan diri. huhu..bukan tidak berikhtiar..tetapi, tidak sangka begitu sekali latih tubi yang perlu dilakukan ke atas seorang kanak-kanak tadika! Kami juga beli buku soalan dan buat latihan, tetapi tidaklah terlalu awal…keseluruhan latihan berjaya disiapkan pun beberapa hari sebelum tarikh ujian. Tiada ulangan, tiada tuition.

Nature tadika Fikri juga mungkin kurang membantu untuk kemasukan ke SRAI. Fikri disekolahkan di tadika yang ingin menanam cinta ilmu di dalam diri anak2 secara semulajadi. Masa belajar yang pendek, belajar dengan santai dan seronok, learning beyond classroom, tiada homework, tiada peperiksaan, banyakkan pendedahan kepada dunia luar, soft skill dan creativity.. matlamat pendidikan awal kanak-kanak begini ialah supaya kanak-kanak seronok belajar..tiada stress! Jika daripada awal, kanak-kanak sudah bencikan sekolah yang merupakan pusat untuk menuntut ilmu, bagaimana ingin diharapkan agar mereka cintakan ilmu dan semangat untuk menimba  sepanjang hidupnya…bukan ilmu untuk dicurahkan di kertas jawapan semata2.  Memang inilah ciri-ciri tadika yang kami pilih dahulu untuk Fikri. Dan ianya memang kontadik sungguh dengan cara pemilihan permohonan ke SRAI ni…huhu…kira macam bukan Fikri je yang mengalami cultural shock, ummi dan abah pun sama. Lebih-lebih tergezut bila baca pengalaman persediaan ibu-ibu dan anak-anak yang telah berjaya. Kiranya ‘sindrom exam oriented’ di Malaysia ni memang telah betul2 menular ke setiap peringkat system pendidikan…hingga ke tahap kemasukan ke sekolah rendah.

SRAI sekolah impian ummi dan abah?
Pada asalnya, SRAI bukanlah sekolah yang termasuk dalam perancangan pendidikan anak-anak kami. Tetapi kemudiannya, termasuk dalam ‘list’ setelah mendapt makluman tentang kewujudan sekolah ini dan sepupu Fikri berjaya menempatkan diri di SRAI Nilai (dengan usaha yang tinggi, tuition hampir setiap weekend..huhu..). Sekolah ini memang ada kelebihannya yang tersendiri, antaranya:

·         Sesi persekolah dari pagi sampai ke petang. 7.30 sehingga 2.30 petang. Ibu bapa boleh memilih untuk melanjutkan pengajian anak2 sehingga ke 5.00 petang dengan mendaftarkan anak ke kelas tambahan atau tahfiz dan lain-lain yang ditawarkan pihak sekolah. Sangat menyenangkan ibu bapa yang bekerja. Hantar anak di awal pagi dan ambil anak selepas pulang bekerja. Tidak perlu memikirkan pelbagai perkara tentang anak..balik sekolah kebangsaan, transit ke rumah, pergi ke sekolah agama, pengangkutan, keselamatan anak dan lain-lain.

·         Penekanan terhadap ilmu agama di sekolah ini menyediakan satu bi’ah (suasana persekitaran) yang solehah. Sangat baik dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri anak-anak yang masih rebung. Ye lah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ilmu untuk diamal..bagusnya sekolah ini, ada rutin solat dhuha, solat berjemaah dan lain-lain. Rutin harian ini baik untuk menjadikan amal-amal Islami ini satu tabiat bagi anak-anak…anak-anak soleh/ah memang impian semua ibu bapa! Sejuk perut ummi mengandung ni kan?

·         Walaupun sekolah ini sekolah swasta, ia dibaiayai sebahagiannya oleh JAIS. Jadi yurannya, tidaklah semahal yuran sekolah swasta yang lain. Silibusnya pula, tentunya menepati standard JAIS…mudahlah nanti anak-anak nak lanjutkan pelajaran di sekolah menengah agama di bawah JAIS.

Inilah antara kelebihan utama sekolah SRAI…tetapi tidak dinafikan bahawa sekolah ini juga ada kelemahan..biasalah, semua perkara ada pro and con. Antara kekurangan yang dinyatakan oleh Guru Besar SRAI Seksyen 19 Shah Alam semasa taklimat pula ialah:

·         Penekanan terhadap akademik bukan satu keutamaan. Daripada pengalaman bekas-bekas pelajarnya yang menjadi kenalan kami, itulah juga yang dinyatakan.

·         Tenaga pengajar bukan semuanya terlatih. Daripada 100++ tenaga pengajar, yang terlatih adalah kurang lebih 40++ orang sahaja. Inilah situasi biasa bagi sekolah-sekolah swasta.


·         Fasiliti tidak selengkap dan sebaik sekolah-sekolah kerajaan. al-maklumlah, sekolah swasta…perlu dibiayai sendiri. Namun, kelebihan SRAI adalah ada sedikit bantuan daripada JAIS.   

Selain daripada yang dinyatakan, ummi dan abah Nampak satu kekurangan yang mungkin pada orang lain bukan satu kekurangan pun:

SRAI ini hanyalah bagi murid Muslim sahaja.

Apa masalahnya kan? Mungkin bukan satu masalah pun sebenarnya…bahkan baguslah pada pandangan sesetengah orang. Tetapi ini merupakan satu kekurangan kecil kepada apa yang ummi dan abah impikan dan rancangkan untuk Fikri. Allahu akbar! besar sungguh impian ummi dan abah terhadap khalifah sulung ini. Kami impikan Fikri menjadi seorang mujaddid yang alim,progressif dan waqi’iy (pemimpin reformis yang pakar ilmu agama, berinsiatif dan maju serta memahami suasana semasa dan setempat dalam bertindak). Justeru, untuk melahirkan seorang pemimpin persis impian ini, pergaulan dengan masyarakat majmuk di Malaysia adalah perlu supaya memahami reality kehidupan yang sebenar di Malaysia. Memahami madh’u…di mana lagi jika bukan di sekolah rendah? Jika peringkat menengah dan universiti di bidang agama, memang tiada langsung interkasi dengan seorang kenalan non-muslim (seperti yang dilalui oleh ummi dan abah).

Mujaddid yang ‘Alim, progressif dan waqi’iy….
Ilmuwan agama yang tidak canggung dalam fatwanya
Berpijak di  bumi nyata
Realisitik dalam berbicara
Berinisiatif dalam mendaulatkan agama
Dalam badaian fitnah akhir zaman yang menggila
Memimpin insan bertuhankan Allah dan yang sesat dalam beragama
Diterima semua kerana wibawanya
Menyebarkan rahmat untuk semua
Rahmatan lil ‘alamin…

La hawla wa la quwwata illa biLlah al-‘Aliyy al-‘Azim…tiadalah daya dan upaya kami kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi, yang Maha Besar.

Apa pun, kekurangan ini hanyalah kecil..jika Fikri bersekolah di SRAI pun, kami ada fikirkan tindakan yang boleh dilakukan untuk socializekan Fikri dengan bangsa2 lain..perlu sertai kelas2 luar sekolah. Kelas arithmetic, kelas renang, pusat tuition dan lain-lain.

Dipendekkan cerita, ummi akan cuba juga buat rayuan untuk ke SRAI. Keptusan akhirnya, kami redha..bukankah apa yang ALLah tetapkan itu, adalah yang terbaik buat hambaNYa? Ya, kami yakin dengan itu.

Buat ibu bapa lain yang tidak berjaya menempatkan anak-anak di SRAI, janganlah bersedih hati. This is not the end of the world! Ujian ini hanyalah satu kayu ukur yang mungkin tidak accurate betul untuk menguji tahap kecerdasan anak2 kita.. terutamanya anak-anak di usia muda. Mungkin anak kita boleh lakukan, cuma biasalah cepat distracted dengan benda lain…lengah-lengah dalam menjawab dan lain-lain. Fikri pula, demam ketika ujian dijalankan..menangis nak ajak balik..huhu..

Ibu bapa sekalian, sentiasalah positif dan optimis! Masa depan yang cemerlang menunggu anak-anak kita. Ini hanyalah satu permulaan yang mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Jika gagal juga menempatkan anak di SRAI nanti, rancang sebaiknya pendidikan anak-anak. Yes, cara yang mudah ialah dengan:

Begin with the end in mind

Bermulalah memikirkan matlamat kepada pendidikan yang diberikan kepada anak2 kita.. Selalulah berbincang-bincang dengan pasangan, apa kita nak anak kita jadi? then, rancanglah apa steps yang perlu diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan bersama tersebut…along the way, perhatikan kecenderungan anak juga..be flexible dan ikut kecenderungan dan minat anak. Biar anak-anak tentukan apa cita-cita mereka…apa yang penting, ianya selari dengan cita-cita kita iaitu untuk menjadikan mereka menjadi individu yang memiliki ciri-ciri/sifat ‘Mukmin Profesional’ atau ‘Pemimpin yang ‘Alim, progressif dan waqi’iy’! (huhu..biar dream big supaya usaha juga BIG)

Di hujung Ramadhan  ini, mari sama-sama panjatkan doa agar Allah menjadikan anak-anak kita, anak-anak yang soleh/ah. Generasi yang menjadi aset buat agama!

Rabbana yassir umurana..

Ummu Fikri

27 Ramadhan 1436 @ 14 Julai 2015