Ramadhan telah pun berlalu. Hari
ini sudah 6 Syawal 1436H. Riang dan gembira bertemu sanak saudara…setahun
sekali dapat bersua. Di sebalik keriangan, ada sedikit sendu meninggalkan
ramadhan…entah ini Ramadhan kita yang terakhir. Doa dipanjatkan agar Allah
menerima semua amalan kita.
TaqabbalaLlahu minna wa minkum.
Min al-‘Aidin wa al-Fa’izin
Doa dipanjatkan juga agar kita dapat bertamu lagi dalam
madrasah Ramadhan yang akan datang dengan azam untuk memperbaiki segala
kelompangan pada amalan yang lepas.
Bercakap tentang rutin Ramadhan…apa
yang terlintas? Memanglah dalam bulan Ramadhan, ada amalan ibadat khusus yang kita lazimi tahun ke tahun. Tarawih, qiyam,
sedekah, tilawah dan tadabbur al-Quran..semuanya dilaksanakan sebaik mungkin
mengikut keperluan. Sayang sangat jika tertinggal…sedaya upaya juga lah kita
tunaikan. Walaupun satu cabaran besar bagi ibu-ibu yang menjaga anak2 di rumah.
Sekadar yang mampu… kadang-kala tarawih 6 rakaat..huhu..(tak sempat dah nak
tambah sebelum bersahur).
Selain ibadat-ibadat khusus ni,
ada lagi yang elok dijadikan ibadat berkala di bulan Ramadhan. Para isteri dan
ibu-ibu pasti biasa menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga kan?
Sekali-sekala lebihkan masakan untuk dikongsi bersama dengan jiran tetangga.
Air tangan sendiri itu, lebih mahal nilainya. Tak sama dengan beli di bazaar Ramadhan.
Masyarakat Melayu kita dulu-dulu
subur dengan budaya ini. Bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Jika
diberi bekas berisi, pasti dipulangkan kembali berisi. Ini budaya yang sihat!
Merapatkan silatur rahim. Tetapi kini, mungkin sudah terhakis sedikit demi
sedikit budaya ini. Ye lah, dengan kesibukan masing-masing bekerja…
Tetapi inilah salah satu peluang untuk
merapatkan hubungan. Bila lagi nak menjamu jiran tetangga..Biasanya di bulan Ramadhan
dan Syawal..tetapi ganjarannya lebih besar di bulan Ramadhan. Pahala dilipat
gandakan oleh Allah. Yang penting ikhlas sebagai syarat utama diterima amalan.
Nak kongsi juadah apa?
Apa sahaja yang mudah bagi kita…apa
yang kita masak untuk keluarga di rumah, itulah yang dikongsikan. Mudah! Di
bawah ini hanyalah contoh:
·
Labu masak lomak cili api
Beli labu sebiji di pasar.
Confirm dah tak habis kalau setakat makan dua orang (ummi dan abah), anak-anak
kecik tak makan sayur labu. Jangan risau, masak je sebiji habis dan bagi pada
jiran.
·
Bubur pulut hitam
Biasalah…puasa-puasa ni, teringin
nak makan itu..ini..Pencuci mulut mesti nak, baru lengkap juadah berbuka. Bubur
pulut hitam memang kegemaran saya dan suami. Kalau nak masak, satu peket tu
jadi banyak. Mudah je kan..masak je sepeket banyak tu, kongsi dengan beberapa
orang jiran tetangga.
·
Triffle
Tahun ni, kami kongsikan triffle.
Buat dalam bekas tupoperware kecil2, sedekahkan pada jiran-jiran. Mudah
kan..jangan lupa tinggalkan satu bekas untuk keluarga sendiri pula.hehe..
·
Sambal hitam Pahang
hehe…yang ini confirm, bukan saya
yang buat. Beli aje…beli banyak-banyak untuk stok pembuka selera bulan puasa
ni, sedekahkan pada family dan kawan-kawan beberapa peket atau bekas.
·
Udang goreng butter
Yang ni menu potluck untuk
berbuka di rumah family. Kebetulan stok udang harimau banyak di rumah…Rezeki
diberi oleh bapa mertua..2 kg. Rezeki bapa mertua juga, beli daripada kenalan
(nelayan di Sitiawan), satu kilogram RM10 sahaja! (murah betul! Biasanya
sekilogram RM37+-)..alhamduliLlah..rezeki dikongsi bersama.
·
Anjurkan majlis iftor di rumah
Ini kuasa en. suami lah ye.
Jemput kenalan berbuka puasa dan bertarawih di rumah. Yang ini lagi banyak
boleh disedekahkan pada orang…ikut kemampuan tuan rumah la ye. Kami konsep potluck juga. Tuan rumah sediakan yang
utama sahaja..yang lain bawa sorang sikit.
·
Banyak lagi yang boleh dikongsi..apa yang dibeli
di bazaar Ramadhan tu, boleh dilebihkan sedikit beli dan sedekahkan pada orang.
·
Sponsor berbuka di masjid atau surau.
Tahun depan nak kongsikan apa?
boleh fikir2 dah..hehe..lama lagi nak tiba Ramadhan. Mulakan dengan
azam..kemudian lazimi..sehingga menjadi rutin ibadat pada setiap kali Ramadhan.
Biar simple dan kecil, tetapi dibuat
dengan kesedaran dan ilmu dan niat yang ikhlas, mudah-mudahan besar nilaiannya
di sisi Allah.
Selamat beramal!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan