Sebenarnya, tidaklah beria sangat
untuk ummi buat rayuan kemasukan Fikri ke SRAI. Tetapi, abah suruh cuba
je..buat je rayuan, kalau memang tak de rezeki, tak dapat, tak pe lah. Yang
penting usahakan je dulu. Nak buat surat rayuan ni, perlu ada justifikasi..info
asas pun kenalah tau. Nak ajukan kepada siapa dan sebagainya. Dulu2, katanya
ajukan kepada pengetua sekolah je..tapi ketika taklimat semasa ujian kemasukan
pada 20 Jun 2015 dulu, katanya prosedur terkini ialah rayuan kepada JAIS
directly. Dalam dok google cari info, terjumpalah ummi dengan beberapa blog
peribadi ibu-ibu yang menceritakan pengalaman untuk menghantar anak2 ke SRAI.
Allahu Akbar! Begitu sekali
rupanya ikhtiar mereka yang membuatkan anak-anak mereka berjaya diterima masuk.
Daripada 400++ permohonan, anak-anak mereka termasuk dalam 180++ yang diterima
masuk. Ada yang terima tawaran kemasukan setelah lulus ujian kemasukan…ada juga
yang menolak tawaran itu dan akhirnya menghantar ke sekolah kebangsaan biasa
sahaja.
Apa ikhtiarnya? Paling ringan ikhtiar
yang dilakukan ialah membuat latih tubi 3 bulan sebelum ujian kemasukan dan
melakukan ujian tersebut beberapa kali. Buku contoh soalan-soalan lepas itu
difotostat dan dibuat dua atau tiga kali. Latihan kali terakhir dilakukan
simulasi kepada ujian sebenar…dalam tempoh masa yang sama!
SubhanaLlah…begitu sekali
ikhtiarnya! Betapa nilai tarbiyyah yang ada di institusi pendidikan seperti
SRAI sangat bernilai di mata ibu bapa kini. Ibu bapa mengharapkan sokongan
tarbiyyah anak-anak daripada sekolah bagi memudahkan pendidikan anak-anak
mereka di rumah. Sinergi sekolah dan rumah dilihat sangat penting bagi
melahirkan seorang khalifah. Dengan cabaran semasa, ramai yang khuatir dengan
pengaruh negative yang mungkin meresap ke dalam jiwa anak-anak di sekolah biasa
yang tidak menerapkan kaedah tarbiyyah islami.
Usaha kami untuk SRAI? Allahu
akbar! Malu rasa untuk dikongsi…biasa-biasa sahaja berbanding usaha yang
dilakukan oleh mereka yang berjaya menempatkan diri. huhu..bukan tidak berikhtiar..tetapi,
tidak sangka begitu sekali latih tubi yang perlu dilakukan ke atas seorang
kanak-kanak tadika! Kami juga beli buku soalan dan buat latihan, tetapi
tidaklah terlalu awal…keseluruhan latihan berjaya disiapkan pun beberapa hari
sebelum tarikh ujian. Tiada ulangan, tiada tuition.
Nature tadika Fikri juga mungkin kurang membantu untuk kemasukan ke
SRAI. Fikri disekolahkan di tadika yang ingin menanam cinta ilmu di dalam diri
anak2 secara semulajadi. Masa belajar yang pendek, belajar dengan santai dan
seronok, learning beyond classroom, tiada homework, tiada peperiksaan,
banyakkan pendedahan kepada dunia luar, soft skill dan creativity.. matlamat
pendidikan awal kanak-kanak begini ialah supaya kanak-kanak seronok
belajar..tiada stress! Jika daripada awal, kanak-kanak sudah bencikan sekolah
yang merupakan pusat untuk menuntut ilmu, bagaimana ingin diharapkan agar
mereka cintakan ilmu dan semangat untuk menimba sepanjang hidupnya…bukan ilmu untuk dicurahkan
di kertas jawapan semata2. Memang inilah
ciri-ciri tadika yang kami pilih dahulu untuk Fikri. Dan ianya memang kontadik
sungguh dengan cara pemilihan permohonan ke SRAI ni…huhu…kira macam bukan Fikri
je yang mengalami cultural shock,
ummi dan abah pun sama. Lebih-lebih tergezut bila baca pengalaman persediaan
ibu-ibu dan anak-anak yang telah berjaya. Kiranya ‘sindrom exam oriented’ di Malaysia ni memang telah betul2 menular ke setiap
peringkat system pendidikan…hingga ke tahap kemasukan ke sekolah rendah.
SRAI sekolah impian ummi dan abah?
Pada asalnya, SRAI bukanlah
sekolah yang termasuk dalam perancangan pendidikan anak-anak kami. Tetapi
kemudiannya, termasuk dalam ‘list’ setelah mendapt makluman tentang kewujudan
sekolah ini dan sepupu Fikri berjaya menempatkan diri di SRAI Nilai (dengan
usaha yang tinggi, tuition hampir setiap weekend..huhu..). Sekolah ini memang
ada kelebihannya yang tersendiri, antaranya:
·
Sesi persekolah dari pagi sampai ke petang. 7.30
sehingga 2.30 petang. Ibu bapa boleh memilih untuk melanjutkan pengajian anak2
sehingga ke 5.00 petang dengan mendaftarkan anak ke kelas tambahan atau tahfiz
dan lain-lain yang ditawarkan pihak sekolah. Sangat menyenangkan ibu bapa yang
bekerja. Hantar anak di awal pagi dan ambil anak selepas pulang bekerja. Tidak
perlu memikirkan pelbagai perkara tentang anak..balik sekolah kebangsaan,
transit ke rumah, pergi ke sekolah agama, pengangkutan, keselamatan anak dan
lain-lain.
·
Penekanan terhadap ilmu agama di sekolah ini
menyediakan satu bi’ah (suasana persekitaran) yang solehah. Sangat baik dalam
menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri anak-anak yang masih rebung. Ye lah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ilmu untuk diamal..bagusnya sekolah ini,
ada rutin solat dhuha, solat berjemaah dan lain-lain. Rutin harian ini baik
untuk menjadikan amal-amal Islami ini satu tabiat bagi anak-anak…anak-anak
soleh/ah memang impian semua ibu bapa! Sejuk perut ummi mengandung ni kan?
·
Walaupun sekolah ini sekolah swasta, ia
dibaiayai sebahagiannya oleh JAIS. Jadi yurannya, tidaklah semahal yuran
sekolah swasta yang lain. Silibusnya pula, tentunya menepati standard JAIS…mudahlah
nanti anak-anak nak lanjutkan pelajaran di sekolah menengah agama di bawah
JAIS.
Inilah antara kelebihan utama
sekolah SRAI…tetapi tidak dinafikan bahawa sekolah ini juga ada
kelemahan..biasalah, semua perkara ada pro and con. Antara kekurangan yang
dinyatakan oleh Guru Besar SRAI Seksyen 19 Shah Alam semasa taklimat pula ialah:
·
Penekanan terhadap akademik bukan satu keutamaan.
Daripada pengalaman bekas-bekas pelajarnya yang menjadi kenalan kami, itulah
juga yang dinyatakan.
·
Tenaga pengajar bukan semuanya terlatih.
Daripada 100++ tenaga pengajar, yang terlatih adalah kurang lebih 40++ orang
sahaja. Inilah situasi biasa bagi sekolah-sekolah swasta.
·
Fasiliti tidak selengkap dan sebaik
sekolah-sekolah kerajaan. al-maklumlah, sekolah swasta…perlu dibiayai sendiri.
Namun, kelebihan SRAI adalah ada sedikit bantuan daripada JAIS.
Selain daripada yang dinyatakan, ummi
dan abah Nampak satu kekurangan yang mungkin pada orang lain bukan satu kekurangan
pun:
SRAI ini hanyalah
bagi murid Muslim sahaja.
Apa masalahnya kan? Mungkin bukan
satu masalah pun sebenarnya…bahkan baguslah pada pandangan sesetengah orang. Tetapi
ini merupakan satu kekurangan kecil kepada apa yang ummi dan abah impikan dan
rancangkan untuk Fikri. Allahu akbar! besar sungguh impian ummi dan abah terhadap
khalifah sulung ini. Kami impikan Fikri menjadi seorang mujaddid yang alim,progressif
dan waqi’iy (pemimpin reformis yang pakar ilmu agama, berinsiatif dan maju
serta memahami suasana semasa dan setempat dalam bertindak). Justeru, untuk
melahirkan seorang pemimpin persis impian ini, pergaulan dengan masyarakat
majmuk di Malaysia adalah perlu supaya memahami reality kehidupan yang sebenar
di Malaysia. Memahami madh’u…di mana lagi jika bukan di sekolah rendah? Jika
peringkat menengah dan universiti di bidang agama, memang tiada langsung
interkasi dengan seorang kenalan non-muslim (seperti yang dilalui oleh ummi dan
abah).
Mujaddid yang ‘Alim,
progressif dan waqi’iy….
Ilmuwan agama yang
tidak canggung dalam fatwanya
Berpijak di bumi nyata
Realisitik dalam
berbicara
Berinisiatif dalam
mendaulatkan agama
Dalam badaian fitnah
akhir zaman yang menggila
Memimpin insan bertuhankan
Allah dan yang sesat dalam beragama
Diterima semua kerana
wibawanya
Menyebarkan rahmat
untuk semua
Rahmatan lil ‘alamin…
La hawla wa la quwwata illa biLlah al-‘Aliyy al-‘Azim…tiadalah daya
dan upaya kami kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi, yang Maha
Besar.
Apa pun, kekurangan ini hanyalah
kecil..jika Fikri bersekolah di SRAI pun, kami ada fikirkan tindakan yang boleh
dilakukan untuk socializekan Fikri dengan bangsa2 lain..perlu sertai kelas2 luar
sekolah. Kelas arithmetic, kelas renang, pusat tuition dan lain-lain.
Dipendekkan cerita, ummi akan
cuba juga buat rayuan untuk ke SRAI. Keptusan akhirnya, kami redha..bukankah
apa yang ALLah tetapkan itu, adalah yang terbaik buat hambaNYa? Ya, kami yakin
dengan itu.
Buat ibu bapa lain yang tidak berjaya
menempatkan anak-anak di SRAI, janganlah bersedih hati. This is not the end of the world! Ujian ini hanyalah satu kayu ukur
yang mungkin tidak accurate betul
untuk menguji tahap kecerdasan anak2 kita.. terutamanya anak-anak di usia muda.
Mungkin anak kita boleh lakukan, cuma biasalah cepat distracted dengan benda lain…lengah-lengah dalam menjawab dan
lain-lain. Fikri pula, demam ketika ujian dijalankan..menangis nak ajak
balik..huhu..
Ibu bapa sekalian, sentiasalah
positif dan optimis! Masa depan yang cemerlang menunggu anak-anak kita. Ini
hanyalah satu permulaan yang mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Jika gagal
juga menempatkan anak di SRAI nanti, rancang sebaiknya pendidikan anak-anak. Yes,
cara yang mudah ialah dengan:
Begin with the end in mind
Bermulalah memikirkan matlamat
kepada pendidikan yang diberikan kepada anak2 kita.. Selalulah
berbincang-bincang dengan pasangan, apa kita nak anak kita jadi? then,
rancanglah apa steps yang perlu diikuti untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan bersama tersebut…along the way, perhatikan kecenderungan anak juga..be
flexible dan ikut kecenderungan dan minat anak. Biar anak-anak tentukan apa
cita-cita mereka…apa yang penting, ianya selari dengan cita-cita kita iaitu untuk
menjadikan mereka menjadi individu yang memiliki ciri-ciri/sifat ‘Mukmin
Profesional’ atau ‘Pemimpin yang ‘Alim, progressif dan waqi’iy’! (huhu..biar dream big supaya usaha juga BIG)
Di hujung Ramadhan ini, mari sama-sama panjatkan doa agar Allah
menjadikan anak-anak kita, anak-anak yang soleh/ah. Generasi yang menjadi aset buat
agama!
Rabbana yassir umurana..
Ummu Fikri
27 Ramadhan 1436 @ 14 Julai 2015
Assalammualaikum...mmg sedih bila anak x dpat msuk SRAI, lebih2 lagi anak da suka sekolah tersebut siap bgtau,abg lOng da tau kelas abang lOng tahun depan nanti ibu,sebak rasanya...saya pOn da buat rayuan dan mmg tau persen untuk berjaya amatlah tipis...namun saya redha dan tau setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...be pOsitif dan cuba lagi tahun hadapan! hehe...
BalasPadamWaalaikumussalam wrt
BalasPadamApa pun tahniah kepada anak atas usaha yang telah dilakukannya dan jangan putus asa. InsyaAllah sentiasa ada jalan untuk menjadikan anak-anak cemerlang, kalau bukan jalan ini..jalan yang lain.
Disini saya nak minta contoh surat rayuan,apa alasan yg sesuai utk rayuan kemasukan kesarai
BalasPadam