Selasa, 23 September 2014

TENANG

Dua pencuri ketenangan :
1. Penyesalan terhadap masa lampau
2. Kerisauan terhadap masa hadapan
Untuk tenang, fokus kepada waktu INI. Buat yang terbaik setiap hari, sentiasa siapkan diri untuk berjumpa dengan Allah. Bersangka baiklah selalu dengan ALLah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga rahmatNya sentiasa mengiringi hidup kita.

Hidup, satu ujian

Maha suci Allah yang menguasai segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun” (surah al-Mulk (67) : ayat 1-2)
Kita tidak punya pilihan…yang hidup itu pasti diuji. Pilihan yang ada hanyalah pada cara kita mendepani ujian tersebut. Hadapinya sepertimana kebanyakan manusia yang runsing dan sentiasa berkeluh kesah…
“Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir.” (Surah al-Ma’arij (70) : ayat 19 – 21)

Atau mengikut resam orang yang beriman yang tetap tenang walau hidup penuh ujian,

“Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan, dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.”

Teladanilah jalan orang mukmin, di sana akan ditemui ketenangan dan kebahagian,
“Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir. Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat. Mereka tetap setia melaksanakan solatnya…” (Surah al-Ma’arij (70) : ayat 19 – 23)
Bahagia dan ketenangan itu sentiasa ada walau liku hidup tidak seindah mana…tidak jumpa bukan kerana tidak ada. Tidak jumpa kerana tidak berusaha mendapatkannya. Ayuh, perkukuhkan hubungan dengan Tuhan yang menguji…Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Hanya Dia sumber kekuatan manusia. Perbaiki dan tingkatkan kualiti solat kerana solat yang khusyuk dan sempurna itulah penghapus duka dan keluh kesah.

Ya Fattah...

"Serulah Allah atau serulah al-Rahman dengan mana yang mana sahaja kamu seru, Dia mempunyai Asmaul Husna" (al-Isra' : 110)
AL-FATTAH (Yang Maha Membuka Pintu Rahmat) mempunyai beberapa makna :
1) Allah SWT membukakan segala yang terkunci-- menghilangkan rasa sedih tatkala kita ditimpa kesedihan, apabila kita merasakan pintu kebebasan tertutp atau merasakan dilema dalam hidup sehingga terasa sempit dada, bergantunglah kepada Allah al-Fattah.
2) Allah SWT membuka pintu semangat--halangan dan cabaran yg pelbagai sesekali menyebabkan hati dirundung resah dan patah semangat. Motivasi paling baik utk menaikkan semnagat ialah dgn menyerahkan jiwa raga kpd Allah al-Fattah.
3) Allah SWT membuka pintu penyelesaian-- apabila sesuatu masalah tidak ditemui jalan penyelesaian, konflik melanda antara dua pihak dsb, hadirkanlah hati kepangkuan Allah SWT dgn keikhlasan dan penghrpn sbg seorang yg beriman, pasti segala permslhn akan dibuka.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Fattah, Ya 'Alim, iftah qulubana futuh al-'arifin...

Hadiah termahal

Speechless, I have no word to say,
Let’s Allah’s words in this sacred love letter, 
Substitute my word, 
And symbolize my love to you.
6236 verses to purify your soul,
Strengthen your faith,
Lift up your spirit,
Give you hopes and cautions,
Motivate and guide you in every step you take.
Hope to be with you in love,
In this short temporary life,
And in lasting and eternal life in Jannah.


Ucapan Hari lahir yang saya karangkan untuk suami tercinta...bersama dengan hadiah termahal yang diberikan. Mungkin bukan termahal mengikut ukuran wang ringgit, tetapi termahal kerana kandungan dan manfaatnya. 

Hadiah termahal: al-Quran beserta terjemahan per kata.

Semoga mendapat manfaat dan melaluinya mengalir jariah buatku selama-lamanya.

Syukur

Mengenang nikmat itu mmg indah dan perlu untuk mengundang syukur. Namun, mengenang pemberi nikmat itu lebih utama. Ia mengundang cinta dan rasa kehambaan. Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Segala yg ada, Allah yg punya.
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungnya." (Surah Ibrahim : ayat 34)
Maha suci Allah al-Wahhab. Tuhan yang Maha Memberi Kurnia secara percuma tanpa mengharapkan sebarang pembalasan. Segala yang ada semuanya adalah milikNya al-Ghaniy, yg Maha Kaya.

Pencinta buku

“Dunia pencinta buku berbeza dengan dunia pembaca biasa. Mereka bukan sekadar membaca, tetapi ‘lahap membaca’ bahkan jauh lebih ekstrem sudah ‘terhumban’ ke dalam dunia ‘ekstasi membaca’. Dalam diri mereka terkumpul harmonis sikap rakus membaca, tamak mengumpul buku, gila membeli buku, dan kesemua ini menempatkan mereka dalam sebuah dunia yang cukup mempersonakan yang dikenal sebagai BIBLIOHOLISME.”





Ini merupakan buku pertama yang saya baca di antara buku2 yang saya beli di Pesta Buku Akademik UM sebentar tadi. Tulisannya menarik dan kisah-kisah pencinta buku yang dipaparkan amat mengkagumkan!
Biblioholisme hakikatnya bukan sekadar cinta kepada buku. Malah cinta kepada ilmu. Ayuh, sama-sama menjadikan diri dan keluarga sebagai bibliofil; insan-insan yang tamak dan rakus terhadap ilmu. Peringatan buat diri : Jangan hanya asyik membeli dan mengumpul buku, usahakanlah juga membaca himpunan buku-buku itu 

Dalam sejarah biblioholisme, banyak dipaparkan kisah aneh dan pelik, tetapi cukup pesona tentang manusia bibliofil ini. Misalnya, Boulard, pakar perundangan Perancis pada abad ke-18, begitu bernafsu membeli buku sehingga rumahnya tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan buku dan beliau terpaksa membeli enam buah rumah lagi untuk tujuan tersebut.
_________________________
Ini salah satu contoh seorang bibliofil di Malaysia 


Ku ada dia

Beruntungnya orang-orang yang beriman kerana meyakini bahawa dalam setiap sesuatu yang berlaku dalam hidupnya, sentiasa ada Dia...
Demi waktu dhuha,
dan demi malam yang telah sunyi,
Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu, 
dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi (mu).
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang.
Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdik (nya).
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).
(Surah al-Dhuha, ayat 1-11)

Teman Istimewa

"Buku itu diam apabila engkau mengkehendakinya diam, berbicara apabila engkau mengkehendakinya berbicara. Ia tidak mengganggu kalau engkau sedang bekerja tetapi apabila engkau berasa kesepian, ia akan menjadi temanmu yang baik. Engkau tidak perlu marah dan berkecil hati kepadanya. Ia merupakan teman yang tidak menipu atau bermuka dua." -- Al-Jahiz

Khidmat kepada guru

Point yang diperolehi daripada Syeikh Nuruddin al-Banjari di IKIM sebentar tadi ialah khidmat kepada tok guru adalah salah satu jalan mendapat keberkatan ilmu.
Doa daripada anak murid kepada gurunya adalah sesuatu yang wajar dan biasa. Namun, yang luar biasa adalah doa daripada seorang guru buat muridnya. Khidmat bakti murid mengundang ingatan tok guru kepada muridnya. Jadi jangan lokek dan berkira untuk memberi bakti walaupun kadang kala mungkin pelajaran agak terjejas.
Selalu bersuhbah (bersama-sama) dengan tok guru yang murabbi ibarat mengecas bateri handphone. Mengalirkan keberkatan dan kadang kala ibarat blue tooth yang turut memindah turun ilmu yang ada daripada sang guru kepada muridnya dengan izin Allah. Ianya sudah terbukti melalui pengalaman ulama'2 besar yang alim lagi faqih.
SubhanaLlah.
Muhasabah diri bersama. Sejauh mana adab dan hormat kita kepada guru. Semakin kurang hormat dan adab, semakin kurang keberkatan ilmu. Yang diperoleh hanya maklumat, tiada ilmu yang membentuk peribadi.

Formula Bahagia

Seorang Mukmin itu sentiasa memandang apa yang dikurniakan dan ditakdirkan Allah untuknya sebagai sesuatu yg baik. Nilaiannya bukan pada kecil atau besar ujian yang menimpa. Tapi nilaiaannya pada siapa yg memberikan ujian dan takdir tersebut. Ternyata ianya daripada pencinta...maka, ujiannya dirasakan sebagai tamparan manja. Mungkin sakit tapi nikmat dan bahagia.
Formula bahagia : sabar + syukur + ikhtiar + tawakal + redha
Sabar = tenang di permukaan, gelora di dalam
Redha = tenang di permukaan, tenang di dalam

Hikmah jerebu

Ujian jerebu perlu dipandang daripada pelbagai sudut. Di sebalik ujian dan kesusahan yang melanda sebahagian besar kita, ada kesenangan yang Allah datangkan bersama buat segolongan daripada kita. Kesenangan kepada perokok-perokok tegar untuk kurangkan atau berhenti terus daripada merokok pra-Ramadhan.
Berlatih dalam paksaan, intensif bermula sekarang. Dalam suasana bacaan indeks pencemaran udara yang semakin meningkat, kawal diri untuk tidak menambah pencemaran udara dan mengurangkan kualiti udara yang diri sendiri dan orang2 tersayang di sekeliling sedut.
Sungguh, dalam kesusahan ada kesenangan.
Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita semua.
Marhaban ya Ramadhan...

Pintalah kepadaNya

Banyak meminta kepada manusia
Kelak diri jadi terhina
Banyak meminta kepada Allah
Sungguh luas kurniaanNya
Tak kaya harta seperti yang diminta
Paling kurang kaya jiwa
Lapang, tenang dan bahagia
Itu lebih berharga
Banyakkan meminta kepada ALLah
Yang Maha Kaya
Segala sesuatu berhajat padaNya
Yang Maha Pemurah
Sangat rindu rintihan hambaNya
Kelak dirimu menjadi mulia

Marhaban ya Ramadhan

Terkesan mendengar pengisian di IKIM semalam. Para salaf al-soleh membuat persediaan untuk menyambut Ramadhan bermula enam bulan sebelum kedatangannya. Dengan doa tulus kepada Allah, mereka memohon penuh harapan agar mereka dapat dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Kita mungkin tidak smpai ke maqam itu, namun dalam masa yg berbaki ini, marilah sama-sama membuat persediaan yang patut dan membuat perancangan untuk menyambut Ramdhan. Ye, menyambut Ramadhan juga perlukan perancangan dan persediaan. Selain doa, aktiviti hujung minggu ini boleh diisi dengan persediaan2 berikut:
1) Ibu-ibu semua, mari buat list barang2 yang perlu dibeli di pasar sebentar lagi. Rancang untuk merebut pahala menyediakan juadah berbuka kepada seisi keluarga. Mendapat ganjaran serupa dengan pahala mereka yang berpuasa.
Hari ini dan esok sempatkan diri untuk menyiang, membasuh, mengupas apa-apa bahan yang patut sebelum disimpan di freezer. Mudah nanti bila nak masak selepas pulang dari kerja.
2) Langsir-langsir sudah boleh digantikan. Gotong-royong awal di rumah juga boleh dimulakan. Rancang untuk meminimumkan penggunaan tenaga untuk aktiviti mengemas dan gotong-royong agar boleh memaksimumkan penggunaan tenaga bagi aktiviti ibadat.
3) Baju raya anak2 dan persiapan sederhana bagi raya boleh diselesaikan sebelum bermula Ramadhan. Rancang untuk mengurangkan gangguan2 yang boleh menghilangkan fokus dan mood Ramadhan.
4) Muslimah-muslimah boleh rancang dari awal dan mulakan sekarang pembacaan al-Quran. Agar kedatangan haid nanti tidak menjejaskan peluang kita untuk khatam al-Quran sebelum berakhirnya bulan Ramadhan.
Perancangan dan persediaan sungguh akan menghadirkan keterujaan di hati kita. Insan biasa yang sangat jauh bandingannya dengan salaf al-soleh ini. Syukur, masih ada masa, merancanglah spy Ramadhan dapat dilalui dengan jaya. Marhaban ya Ramadhan!

Tentukan keutamaan

Awlawiyyat (keutamaan) yang berbeza di antara kita menghasilkan jadual hidup yang berbeza. Tidak ada salahnya dengan perbezaan itu. Bahkan indah apabila semua perkara dapat dilakukan dalam masa yang sama oleh kelompok yang berbeza sesuai dengan awlawiyyat masing-masing.
Apa yang tidak kenanya ialah pada yang hidup tanpa faham langsung apa yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam hidupnya.
Dari semasa ke semasa, renungkanlah kembali apa keutamaan sebenar dalam hidup kita. Agar hidup tidak rugi dan masa pergi dengan sia-sia.
"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling nasihat-menasihati dengan kebenaran dan saling nasihat-menasihati dengan kesabaran."

SENYUM =)

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, beliau berkata: “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah SAW tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”
“Siapa yang melihat baginda pada pandangan pertama, tentu merasa enggan berpaling dan siapa yang bergaul dengan baginda, pasti mencintainya. Ada seorang menyebut, “Aku tidak pernah melihat orang sepertinya, sebelum dan sesudahnya.”
(Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).
Walau apa pun yang berlaku dalam hidup kita, mari sama-sama cuba kekalkan senyuman di wajah dan sentiasa maniskan air muka.
Keindahan Islam yang pertama yang kita tonjolkan pada orang yang memandang kita, bermula dengan keindahan wajah dan kemesraan perhubungan.
Allahu rabbi, muhasbah diri bersama.


Motivasi diri menggunakan Jadual Tomato

Jumpa satu templat untuk mengekalkan motivasi bekerja yang dinamakan "Jadual Durian" atau "Jadual Tomato". Konsep jadual ini ialah memberikan ganjaran kepada diri sendiri setelah menempuh satu tempoh waktu tertentu (cthnya setiap 50 jam) dalam mengusahakan sesuatu yang memakan masa yang lama (cthnya buat PhD). Ganjarannya terpulang kepada diri sendiri untuk menentukannya: bercuti bersama family, beli baju baru dsb.
Setelah meneliti jadual ini, saya nampak bahawa konsep ini ada baiknya juga berbanding konsep ganjaran yang biasa kita tawarkan kepada diri sendiri sebelum ini. Ganjaran setelah berjaya menghasilkan natijah tertentu...setelah berjaya menyiapkan bab, setelah berjaya lulus candidature defence, setelah berjaya submit tesis dsb.
Konsep ganjaran berdasarkan hasil mungkin baik dari segi boleh menghasilkan motivasi (memaksa) diri sehabis baik untuk mencapai target Tapi konsep jadual durian ini dilihat lebih menghargai usaha yang kita lakukan daripada melihat natijah yang terhasil.
Bukankah usaha dan pengalaman itu lebih patut dihargai dan diganjari agar nilai usaha terus kekal di dalam diri. Kerana selalunya, proses mendapatkan sesuatu itu lebih berharga daripada sesuatu yang berjaya dicapai.

Berhenti, rawat dan rehat!

Di lebuh raya kehidupan, dalam kesibukan memecut, mengejar destinasi yang disasarkan...tanpa disedari kita telah meninggalkan insan-insan yang sepatutnya dibawa bersama. Lebih malang lagi, dengan cuai, ada hati-hati yang dilanggar lari. 

Apa ertinya destinasi yang dikejar itu, sekiranya tiba di sana nanti kita keseorangan...tanpa mereka yang kita sayangi bersama.

Hidup perlu keseimbangan...barulah bahagia di sepanjang perjalanan. Berehat sebentar di R & R kehidupan, bila pecutan dirasa terlalu deras dan membahayakan. Ambil tempoh untuk rehat dan rawat. 

Rumah tangga + Akademik + Kerjaya...Semoga dapat diseimbangkan semua amanah ini.



Indahnya ujian

Kepahitan hidup datang kepada kita disebabkan dua perkara :
1) diundang oleh dosa-dosa kita
2) ujian daripada Allah untuk menaikkan martabat kita di sisiNya
Beza antara keduanya ialah jika ia akibat daripada dosa2 kita, ujian tersebut mengundang gelisah dan terlalu berat dirasakan. Solusinya, koreksi dosa dan bertaubat.
Jika ia ujian daripada Allah untuk menaikkan martabat, walaupun kelihatan berat, ia dapat dihadapi dengan jiwa yang mantap. Tenang dan jalan keluar ditunjukkan oleh Allah. Bukankah Nabi saw adalah org yang paling berat ujiannya, namun ujian berat dilihat di mata, namun di hati tidak menderita.
"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang Mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada)." - Surah al-Fath : ayat 4.
Kepahitan dan ujian hidup bagi orang Mukmin, walau disebabkan oleh dosa mahupun menaikkan martabat tetap baik sahaja buatnya. kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menzalimi hamba2Nya. Tidak mengapa dilanda kepahitan ini, kerana ia penebus dosa2 yg lalu. Biarlah pahit di dunia asalkan dosa tidak kekal dideritai di akhirat nanti.
Namun, jangan ujub pula dengan menganggap ujian yang dialami bukan kerana dosa tapi untuk menaikkan martabat. ------AA GYM
Marilah menghadapi apa jua ujian yang mendatang dengan tasbih memuji Allah dan istighfar terhadap dosa-dosa kita. Pulangkan segalanya kepada Allah s.w.t


DEKAT

DEKAT...
tidak semestinya berdampingan,
bertentang mata,
bersentuhan mesra,
kerana dekat yang sebenar tidak sepatutnya terbatas dengan posisi fizikal.
DEKAT...
bermakna bila diposisikan di hati,
dipahat di minda dan sanubari,
bebas merentasi ruang dan masa,
memecah halangan hakikat dua dunia yang berbeza.
Hati-hati yang dekat...
lorongkanlah untuk mendekatiNya,
agar dekat bertambah dekat,
bertemu tidak akan resah,
berpisah tidak gelisah,
lantaran mendapat dekat yang terindah.

Conclusion


Conclusions are also difficult to write. How do you manage to make the reader feel persuaded by what you've said? Even if the points of your paper are strong, the overall effect of your argument might fall to pieces if the paper as a whole is badly concluded.
Many students end their papers by simply summarizing what has come before. A summary of what the reader has just read is important to the conclusion - particularly if your argument has been complicated or hascovered a lot of ground. But a good conclusion will do more. Just as the introduction sought to place the paper in the larger, ongoing conversation about the topic, so should the conclusion insist on returning the reader to that ongoing conversation, but with the feeling that they have learned something more. You don't want your reader to finish your paper and say, "So what?" Admittedly, writing a conclusion isn't easy to do.
Many of the strategies we've listed for improving your introductions can help you to improve your conclusions as well. In your conclusion you might:
1. Return to the ongoing conversation, emphasizing the importance of your own contribution to it.
2. Consider again the background information with which you began, and illustrate how your argument has shed new light on that information.
3. Return to the key terms and point out how your essay has added some new dimension to their meanings.
4. Use an anecdote or quotation that summarizes or reflects your main idea.
5. Acknowledge your opponents - if only to emphasize that you've beaten them.
6. Remember: language is especially important to a conclusion. Your goal in your final sentences is to leave your ideas resounding in your reader's mind. Give her something to think about. Make your language ring.

Urus Masa

---al-Wajibat aktharu min al-Awqat---
Secara teorinya, kita rasa kita sudah pun tahu cara pengurusan masa yang ideal. Tapi bila berhadapan dengan realiti sekali-sekala tugasan datang bertimpa-timpa, pening dan serabut juga dibuatnya. Teori yang selalu kita tuturkan ketika menasihatkan orang lain seolah-olah tidak lut kepada diri sendiri sehingga perlu kepada nasihat pula daripada orang lain. Paling tidak, nasihat daripada teman yang bisu - BUKU.
Pagi ini, saya membelek buku ini buat kesekian kalinya. Huhu...tidak pernah habis baca walaupun tarikh yang tertulis di situ 2005. Setelah hampir 9 tahun, buku yang diperolehi sebagai hadiah hari jadi ini baru dipegang kembali.
BUKU - tidak rugi membeli dan memilikinya. Meskipun tidak dibaca terus ketika membelinya, ia pasti berguna untuk dirujuk di suatu hari.
BUKU- tidak rugi dihadiahkan juga kepada sahabat. Ilmu yang terkandung di dalamnya jika diamalkan oleh pembacanya, akan mengalirkan pahala jariah juga kepada pemberinya, lebih-lebih lagi kepada penulisnya!
Terima kasih pada sahabat yang menghadiahkan buku ini kepada saya. 


al-Kauthar: Haudhun Nabi s.a.w

Pemurahnya Allah di dunia dengan sifat al-Rahman. Allah memberikan sumber air yang banyak buat manusia. Muslim, kafir, taat dan derhaka semuanya boleh meneguk air membasahi tekak di saat panas melanda.
Pengasihnya Allah di akhirat, sifat al-Rahimnya dikhususkan buat yang mukmin muttaqin sahaja. Sumber air di mahsyar di saat matahari begitu terik sejengkal di atas kepala hanyalah satu.
Al-Kauthar...
Walaupun luasnya sebulan perjalanan,
Bekas untuk mencedok dan meminumnya sebanyak bintang di langit,
Namun, airnya yang lebih jernih dari perak dengan bau yang lebih harum dari kasturi itu,
Hanya dapat diteguk oleh segolongan hambaNya yang terpilih,
Buat menghilangkan dahaga selama-lamanya.
al-Kauthar...
Petunjuk awal nasib kita di sana,
Meminumnya dengan rahmah Allah sebagai tanda kemudahan perjalanan berikutnya,
atau dihalang daripada menghampirinya apatah lagi meneguknya,
tanda awal kepayahan yang akan ditempuh,
sepanjang penantian hitungan amal,
menuju kesudahan yang sudah dapat diramal.
al-Kauhthar...
Tanda wudhu' yang bercahaya di setiap anggota basuhan,
belum cukup sebagai jaminan untuk meneguknya,
Walaupun dengan cahaya itu,
Nabi s.a.w dapat mengenal ummatnya,
Boleh sahaja pemilik cahaya itu terhalang dari mendekati,
Diusir oleh malaikat yang taat melaksanakan tugasnya.
al-Kauthar...
Sementara diri masih bernyawa di dunia,
tekad kami untuk tidak berpaling dari ajaran Nabi,
menurut kehendak nafsu menentang kebenaran,
sehingga menjadi asbab terhalangnya kami mendekati dan menikmati khaudun Nabi...

Bertahanlah!

KEBERANIAN adalah perasaan takut yang sanggup bertahan satu saat lagi.
KEJAYAAN adalah kegagalan yang sanggup mencuba satu kali lagi.
BERTAHANLAH (^_^)

Jangan Bersedih!

Membelek2 kandungan buku Jangan Bersedih tulisan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni. Mata terus terpandang tajuk ini :
CUBAAN MENGANDUNGI MASLAHAT UNTUK ANDA
Jangan resah dengan musibah2 yang menimpa diri anda dan jangan mengeluh dengan kepedihan2 yang datang bertubi2.
Dalam sebuah hadis ada disebut: "Sesungguhnya Allah jika mencintai suatu kaum maka Dia akan mendatangkan cubaan kepada mereka; dan sesiapa rela dengan ujian itu maka dia akan memperolehi kerelaanNya, dan sesiapa membencinya maka dia akan memperolehi kebencianNya."
(^_^)
Jadi, jangan bersedih!


Ibrah dari elnino April 2014

"Bagus kan bila jadual air dicatu, mula catuannya lambat. Pernah sehinga jam 11 baru mula catuan. Sempatlah lagi nak membasuh baju satu round pagi tu. Tapi bila jadual air diberi selepas dua hari catuan, awal pemberiannya bermula seawal2 pagi dah ada."- kata A seronok.
"hmmm...tapi kan lagi bagus kalau tak dicatu langsung macam sebelum ni."- B
ye tak ye juga ye. Sebab dah terbiasa dengan catuan air, dapat air pada hari catuan pun dah terasa nikmatnya. Begitulah selalunya manusia...menghargai bila dah tiada. menyedari nikmat bila dah ditarik semula.
Alhamdulillah, dengar desas-desus catuan air di Selangor akan dihentikan. Semoga nikmat air ini tidak dibazirkan pula bila sudah kembali melimpah ruah seperti biasa.
Apa pun, kurangnya hujan dan bekalan air bersih yang berlaku patutnya mengingatkan kita akan tanda-tanda kiamat yang semakin hampir. Bila saatnya tidak dapat dipastikan...yang pasti kita sememangnya sudah berada di akhir zaman. Semoga peringatan melalui hadis Nabi s.a.w dan ayat2 Allah melalui alam ini dapat mengetuk pintu keinsafan dan membuahkan amal persediaan buat kita:
“Sesungguhnya tiga tahun sebelum munculnya Dajjal, adalah waktu yang sangat sulit, di mana manusia akan ditimpa oleh kelaparan yang sangat, Allah akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama untuk menahan sepertiga dari hujannya, dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan sepertiga dari tanaman-tanamannya. Dan pada tahun kedua Allah akan memerintahkan kepada langit untuk menahan dua pertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan duapertiga dari tumbuh-tumbuhannya. Kemudian di tahun yang ketiga, Allah memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya, maka ia tidak meneteskan setetes air pun dan Allah memerintahkan kepada bumi untuk menahan semua tanaman-tanamannya, maka setelah itu tidak dijumpai satu tanaman hijau yang tumbuh dan semua binatang yang berkuku akan mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh Allah." Kemudian para sahabat bertanya, "Dengan apakah manusia akan hidup pada saat itu?" Beliau menjawab, "Tahlil, takbir dan tahmid akan sama artinya bagi mereka dengan makanan."

Bibliofil

Beruntunglah andai suami menegur,
Bertuahlah andai ibu bapa menasihati,
Bersyukurlah andai teman membetulkan silap diri.
---Ustz Noraslina Jusin, Cinta 3 Rasa--

Alhamdulillah, akhirnya selesai membaca buku ini hanya selepas setahun memilikinya. Antara buku yang berjaya dihadam ketika berpantang.

Berpantang memberikan ruang masa di celah-celah kesibukan mengurus ahli keluarga baru untuk saya membelek2 buku-buku lama yang tersusun di rak buku sendiri (dan rak buku orang lain juga---sempat juga meminjam buku orang...buku sendiri banyak lagi tak baca..huhu...)

Perasaan terubat walaupun tidak dapat turun ke PBAKL tahun ini. Hikmahnya, buku yang dibeli tahun lepas ini (Cinta 3 Rasa) selesai dibaca. Buku-buku yang tidak dibaca semakin berkurang kerana tiada buku baru yang bertambah di rumah ini (^_^)

Menginsafi kegilaan diri membeli buku persis bibliofil...tapi bibliofil sebenar bukan sahaja gila membeli, bahkan lahap menghadam buku-buku yang dimiliki. Saya belum menjadi bibliofil! Seorang bibliofil- rak bukunya harus seimbang...yang belum dibaca dan telah dibaca. Bahkan mungkin yang telah dibaca lebih banyak! 






Teringat kepada seorang bibliofil yang saya kenali. Beliau tidak melazimkan diri turun ke PBAKL mahupun pesta2 buku lain setiap tahun, membeli buku secara borong dan kemudian menyimpannya di rak buku menjadi perhiasan. Tetapi rutinnya ialah menjadi pengunjung kedai2 buku secara tetap; 1/2/3 bulan sekali. Selepas 2-3 buah buku yang dibelinya habis dibaca, beliau akan berkunjung kembali ke kedai buku mendapatkan buku-buku yang lain pula.

Menginsafi diri, saya mahu mencontohinya! Membaca dan kemudian berkongsi ilmu yang diperolehi dalam buku-buku bacaannya kepada orang lain. Beliau bukanlah orang yang asing bagi saya...bibliofil yang saya kenali ialah bapa mertuaku!

Anak-anak, mari mencontohi bapak (^_^)

Iktibar dalam animasi Frozen: Indahnya seni!

LOVE IS AN OPEN DOOR (yes, but...)
BEWARE OF THE FROZEN HEART
ONLY AN ACT OF TRUE LOVE CAN THAW A FROZEN HEART
---FROZEN---
Animasi ini memang sebuah filem fantasi. Tapi mesej yang disampaikan adalah realiti...sangat indah jika dihayati. Kerana itu, saya menontonnya beberapa kali (4-5 kali tak salah. Fikri tengok dua kali je dah tak nak dah...lebih suka mengulang tonton Finding Nemo) (^_^)
Betul, grafik dan audionya memukau di samping fantasinya. Tapi yang saya suka ialah mesej di sebalik lirik dan dialog yang saling berkaitan sebenarnya daripada awal sehingga akhir...tersirat di sebalik fantasi! Seni...
Cinta dan kasih sayang yang buta adalah bahaya! lebih-lebih lagi jika tersalah diberikan kepada orang yang beku hatinya. Jika bekunya di kepala, boleh lagi dihilangkan tapi jika bekunya hati sangat bahaya...boleh membunuh diri! (pelajaran daripada trol  )


Justeru, berhati-hatilah dengan jiwa-jiwa dan hati-hati yang beku...Tetapi sekalipun berhadapan dengan hati-hati dan jiwa2 beku itu, kita masih boleh cairkannya...ONLY AN ACT OF TRUE LOVE CAN THAW A FROZEN HEART...terbukti!!! soroti sahaja sirah Baginda Nabi s.a.w (T_T) Aplikasikannya pula dalam hidup sendiri! Semestinya dengan sabar untuk melihat buktinya...huhu..
Yang perlu kita lebih waspada sebenarnya ialah hati kita sendiri. Jangan biarkan ianya membeku...kosong daripada kasih sayang terhadap orang lain. Mengharapkan kesabaran teman-teman dan sang kekasih untuk berterusan mencairkannya....hanya mengharapkan taufiq dan hidayah Allah untuk menghangatkannya kembali dengan rahmatNya.
Memang sukar untuk menerangkan makna tersirat ini kepada Fikri dan Khadijah ...apatah lagi Kauthar Sofiyyah (hehe...). Tetapi beberapa tahun mendatang, ummi akan ajarkannya...menghayati seni yang dipaparkan di sebalik lagu dan rangkap kata, menggali makna tersirat yang berharga!
Jadi, buat masa ini cukuplah filem ini jadi slot Oh My English untuk Fikri (dan juga ummi)...bukan Belligo sayang, LET IT GO!
haha...FOR THE FIRST TIME IN FOREVER, saya jadi pengulas filem animasi pula di sini. hmmm...by the way, HI, I'M Shahid AND I LIKE A WARM HUG (^_^)
Peace!!!

Manisnya bersabar

Sabar...Sabar...Sabar...
Sampai bila?
Sampai bila-bila!!!
Bukankah hidup ini satu ujian? orang yang tidak lagi dibebani ialah jenazah kerana sudah dapat bayangan keputusan ujiannya.
Kita yang masih bernyawa, sabar sahajalah dengan ujian hidup yang pelbagai;
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
Ujian pelbagai, tapi jalan menghadapi ujian itu tetap satu! SOLAT dan SABAR;
“Jadikanlah SABAR dan SOLAT sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang SABAR.” – [Al-Baqarah:153]
Justeru SABARlah duhai hati...Sabar sampai bila-bila...sehingga mendapat KEMENANGAN dan khabar gembira dari Kekasih;
"Sungguh pada hari ini Aku memberi balasan kepada mereka, kerana KESABARAN mereka; sungguh mereka itulah orang-orang yang memperolehi KEMENANGAN." - [al-Mu'minun (23): 111]
Indahnya nikmat SABAR (^_^)
Sabarlah dan teruskan usaha!

Isnin, 22 September 2014

Piramid buku!

 Biasa kita dengar ungkapan: “You are what you eat”. Makanan membentuk jasmani. Elok makanan yang diambil, kesannya dapat dirasa melalui tubuh badan yang sihat.
 Betul, tetapi itu terhad kepada makanan fizikal. Satu bahagian daripada komposisi manusia.

Dari satu sisi yang lain, yang lebih penting ialah ungkapan ini: “You are what you read!”
Anda adalah apa yang anda baca! Pembacaan adalah kunci ilmu. Ilmu pula cahaya yang membentuk minda dan rohani kita. Dua bahagian lagi yang penting daripada komposisi manusia.

Kerana itu, pakar-pakar motivasi memberi formula kepada kita, jika ingin melihat bagaimana keadaan kita 5 tahun akan datang, lihat kepada dua perkara:
 1-  Dengan siapa kita berkawan pada hari ini?
2- Buku apa yang kita baca pada hari ini?

Apa yang kita baca, kita hadamkan akan membentuk minda dan cara kita melihat dunia…jika baik bahan bacaan kita, hasilnya akan terlihat pada kehidupan kita. Jika buruk dan tidak membina bahan bacaannya, sebaliknya akan berlaku. Jika tiada apa yang dibaca, nescaya kehidupan kita tidak ada perubahan, tidak ke mana-mana!

Bermulalah dari sekarang! Memberikan perhatian kepada makanan minda dan rohani kita sehari-hari!
Jika makanan jasmani, ada panduan pemakanan seimbang. Begitu juga dengan makanan minda dan rohani, ada piramid bukunya!



Jika diterjemahkan kepada makanan rohani dan minda:

Baca paling banyak - al-Quran dan al-Hadith. Terjemahan serta tafsirannya. Begitu juga dengan tulisan para ulama' sama ada klasik mahupun kontemporari berkenaan ilmu-ilmu yang digali daripada al-Quran dan al-hadith.

Baca lebih banyak - Buku-buku ilmu aqliyyah bagi menambahkan pengetahuan, kepakaran, kemahiran, profesionalisme dan kecekapan dalam kehidupan.
Contoh: semua buku akademik dan pengkhususan pelbagai bidang, buku-buku yang mengajar celik kewangan, buku-buku mengajar pengurusan rumah tangga dan lain-lain

Baca dengan sederhana - Buku-buku yang menghaluskan hati, membuka minda
Contoh : buku-buku motivasi, buku-buku pengetahuan am, buku-buku novel, cerpen dan sebagainya

Baca sedikit - Bacaan santai dan hiburan
Contoh : komik, majalah dan lain-lain


Jika, buku sudah menjadi makanan harian atau kelaziman, pyramid di atas boleh dijadikan panduan dan koreksi. Di mana lompangnya pembacaan kita? Mungkin kita terlalu banyak memberikan penekanan kepada sesuatu jenis bahan pembacaan, sehingga mengabaikan bahan yang lebih utama!

Benar, sehingga  boleh timbul aduan atau keluhan..dia itu seorang professor, hebat di bidangnya tapi sangat tipis pengetahuannya tentang cara hidup yang diajar oleh agama. Formula matematik atau kewangan di dalam kepalanya, tapi tidak tahu memilih antara yang halal dan yang haram. Boleh terjadi, jika buku-buku aqliyyah dan ilmu fardhu kifayah sangat dihadam, tapi buku-buku asas iaitu al-quran dan al-hadith yang menjadi teras kepada ilmu-ilmu fardhu ain tidak dihadam.

Semoga, perkongsian ini membantu kita membina minda dan rohani kita dengan seimbang…siapa kita 5 tahun lagi, ditentukan dengan apa yang kita baca hari ini! Rancanglah pola pembacaan dari sekarang! Ibu-ibu yang berwawasan, bentuklah masa hadapan anak-anak dari kecil melalui buku dan ilmu yang tepat!

Perkongsian ini merupakan olahan daripada perkongsian Ust pahrol Md Juoi dalam slot Islam itu indah di IKIM.fm - Rabu, 17 september 2014, jam 10.15 – 11.00 pagi.



Niat penting dalam berniaga

Bila kita MEMPERKENALKAN dan SHARING produk yang baik, bukan MENJUAL...kita akan KAYA kata Dr Azizan Othman.
Ya, paling kurang, KAYA HATI. orang tak beli pun tak kecil hati sebab niat bukan untuk MENJUAL. Tapi share kebaikan. Rasa semangat dan seronok nak tawarkan solusi yang dihadapi oleh keluarga dan sahabat handai.
Kalau akhirnya, sahabat2 membeli daripada orang lain yang lebih mudah untuk dapatkan produk pun, tak de rasa apa. Tetap saja boleh berkongsi keseronokan dan kesyukuran mendengar testimoni sahabat2.Tetap saja boleh membantu, memberi panduan dan menjawab apa-apa persoalan berkaitan...
KAYA HATI lebih best dari kaya wang.
Kaya hati buat jiwa lapang dan bahagia...
kaya wang semata, belum tentu.