Awlawiyyat (keutamaan) yang berbeza di antara kita menghasilkan jadual hidup yang berbeza. Tidak ada salahnya dengan perbezaan itu. Bahkan indah apabila semua perkara dapat dilakukan dalam masa yang sama oleh kelompok yang berbeza sesuai dengan awlawiyyat masing-masing.
Apa yang tidak kenanya ialah pada yang hidup tanpa faham langsung apa yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam hidupnya.
Dari semasa ke semasa, renungkanlah kembali apa keutamaan sebenar dalam hidup kita. Agar hidup tidak rugi dan masa pergi dengan sia-sia.
"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling nasihat-menasihati dengan kebenaran dan saling nasihat-menasihati dengan kesabaran."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan