Selasa, 23 September 2014

Bibliofil

Beruntunglah andai suami menegur,
Bertuahlah andai ibu bapa menasihati,
Bersyukurlah andai teman membetulkan silap diri.
---Ustz Noraslina Jusin, Cinta 3 Rasa--

Alhamdulillah, akhirnya selesai membaca buku ini hanya selepas setahun memilikinya. Antara buku yang berjaya dihadam ketika berpantang.

Berpantang memberikan ruang masa di celah-celah kesibukan mengurus ahli keluarga baru untuk saya membelek2 buku-buku lama yang tersusun di rak buku sendiri (dan rak buku orang lain juga---sempat juga meminjam buku orang...buku sendiri banyak lagi tak baca..huhu...)

Perasaan terubat walaupun tidak dapat turun ke PBAKL tahun ini. Hikmahnya, buku yang dibeli tahun lepas ini (Cinta 3 Rasa) selesai dibaca. Buku-buku yang tidak dibaca semakin berkurang kerana tiada buku baru yang bertambah di rumah ini (^_^)

Menginsafi kegilaan diri membeli buku persis bibliofil...tapi bibliofil sebenar bukan sahaja gila membeli, bahkan lahap menghadam buku-buku yang dimiliki. Saya belum menjadi bibliofil! Seorang bibliofil- rak bukunya harus seimbang...yang belum dibaca dan telah dibaca. Bahkan mungkin yang telah dibaca lebih banyak! 






Teringat kepada seorang bibliofil yang saya kenali. Beliau tidak melazimkan diri turun ke PBAKL mahupun pesta2 buku lain setiap tahun, membeli buku secara borong dan kemudian menyimpannya di rak buku menjadi perhiasan. Tetapi rutinnya ialah menjadi pengunjung kedai2 buku secara tetap; 1/2/3 bulan sekali. Selepas 2-3 buah buku yang dibelinya habis dibaca, beliau akan berkunjung kembali ke kedai buku mendapatkan buku-buku yang lain pula.

Menginsafi diri, saya mahu mencontohinya! Membaca dan kemudian berkongsi ilmu yang diperolehi dalam buku-buku bacaannya kepada orang lain. Beliau bukanlah orang yang asing bagi saya...bibliofil yang saya kenali ialah bapa mertuaku!

Anak-anak, mari mencontohi bapak (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan