Terkesan mendengar pengisian di IKIM semalam. Para salaf al-soleh membuat persediaan untuk menyambut Ramadhan bermula enam bulan sebelum kedatangannya. Dengan doa tulus kepada Allah, mereka memohon penuh harapan agar mereka dapat dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Kita mungkin tidak smpai ke maqam itu, namun dalam masa yg berbaki ini, marilah sama-sama membuat persediaan yang patut dan membuat perancangan untuk menyambut Ramdhan. Ye, menyambut Ramadhan juga perlukan perancangan dan persediaan. Selain doa, aktiviti hujung minggu ini boleh diisi dengan persediaan2 berikut:
1) Ibu-ibu semua, mari buat list barang2 yang perlu dibeli di pasar sebentar lagi. Rancang untuk merebut pahala menyediakan juadah berbuka kepada seisi keluarga. Mendapat ganjaran serupa dengan pahala mereka yang berpuasa.
Hari ini dan esok sempatkan diri untuk menyiang, membasuh, mengupas apa-apa bahan yang patut sebelum disimpan di freezer. Mudah nanti bila nak masak selepas pulang dari kerja.
2) Langsir-langsir sudah boleh digantikan. Gotong-royong awal di rumah juga boleh dimulakan. Rancang untuk meminimumkan penggunaan tenaga untuk aktiviti mengemas dan gotong-royong agar boleh memaksimumkan penggunaan tenaga bagi aktiviti ibadat.
3) Baju raya anak2 dan persiapan sederhana bagi raya boleh diselesaikan sebelum bermula Ramadhan. Rancang untuk mengurangkan gangguan2 yang boleh menghilangkan fokus dan mood Ramadhan.
4) Muslimah-muslimah boleh rancang dari awal dan mulakan sekarang pembacaan al-Quran. Agar kedatangan haid nanti tidak menjejaskan peluang kita untuk khatam al-Quran sebelum berakhirnya bulan Ramadhan.
Perancangan dan persediaan sungguh akan menghadirkan keterujaan di hati kita. Insan biasa yang sangat jauh bandingannya dengan salaf al-soleh ini. Syukur, masih ada masa, merancanglah spy Ramadhan dapat dilalui dengan jaya. Marhaban ya Ramadhan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan