Jumpa satu templat untuk mengekalkan motivasi bekerja yang dinamakan "Jadual Durian" atau "Jadual Tomato". Konsep jadual ini ialah memberikan ganjaran kepada diri sendiri setelah menempuh satu tempoh waktu tertentu (cthnya setiap 50 jam) dalam mengusahakan sesuatu yang memakan masa yang lama (cthnya buat PhD). Ganjarannya terpulang kepada diri sendiri untuk menentukannya: bercuti bersama family, beli baju baru dsb.
Setelah meneliti jadual ini, saya nampak bahawa konsep ini ada baiknya juga berbanding konsep ganjaran yang biasa kita tawarkan kepada diri sendiri sebelum ini. Ganjaran setelah berjaya menghasilkan natijah tertentu...setelah berjaya menyiapkan bab, setelah berjaya lulus candidature defence, setelah berjaya submit tesis dsb.
Konsep ganjaran berdasarkan hasil mungkin baik dari segi boleh menghasilkan motivasi (memaksa) diri sehabis baik untuk mencapai target Tapi konsep jadual durian ini dilihat lebih menghargai usaha yang kita lakukan daripada melihat natijah yang terhasil.
Bukankah usaha dan pengalaman itu lebih patut dihargai dan diganjari agar nilai usaha terus kekal di dalam diri. Kerana selalunya, proses mendapatkan sesuatu itu lebih berharga daripada sesuatu yang berjaya dicapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan