LOVE IS AN OPEN DOOR (yes, but...)
BEWARE OF THE FROZEN HEART
ONLY AN ACT OF TRUE LOVE CAN THAW A FROZEN HEART
---FROZEN---
Animasi ini memang sebuah filem fantasi. Tapi mesej yang disampaikan adalah realiti...sangat indah jika dihayati. Kerana itu, saya menontonnya beberapa kali (4-5 kali tak salah. Fikri tengok dua kali je dah tak nak dah...lebih suka mengulang tonton Finding Nemo) (^_^)
Betul, grafik dan audionya memukau di samping fantasinya. Tapi yang saya suka ialah mesej di sebalik lirik dan dialog yang saling berkaitan sebenarnya daripada awal sehingga akhir...tersirat di sebalik fantasi! Seni...
Cinta dan kasih sayang yang buta adalah bahaya! lebih-lebih lagi jika tersalah diberikan kepada orang yang beku hatinya. Jika bekunya di kepala, boleh lagi dihilangkan tapi jika bekunya hati sangat bahaya...boleh membunuh diri! (pelajaran daripada trol )
Justeru, berhati-hatilah dengan jiwa-jiwa dan hati-hati yang beku...Tetapi sekalipun berhadapan dengan hati-hati dan jiwa2 beku itu, kita masih boleh cairkannya...ONLY AN ACT OF TRUE LOVE CAN THAW A FROZEN HEART...terbukti!!! soroti sahaja sirah Baginda Nabi s.a.w (T_T) Aplikasikannya pula dalam hidup sendiri! Semestinya dengan sabar untuk melihat buktinya...huhu..
Yang perlu kita lebih waspada sebenarnya ialah hati kita sendiri. Jangan biarkan ianya membeku...kosong daripada kasih sayang terhadap orang lain. Mengharapkan kesabaran teman-teman dan sang kekasih untuk berterusan mencairkannya....hanya mengharapkan taufiq dan hidayah Allah untuk menghangatkannya kembali dengan rahmatNya.
Memang sukar untuk menerangkan makna tersirat ini kepada Fikri dan Khadijah ...apatah lagi Kauthar Sofiyyah (hehe...). Tetapi beberapa tahun mendatang, ummi akan ajarkannya...menghayati seni yang dipaparkan di sebalik lagu dan rangkap kata, menggali makna tersirat yang berharga!
Jadi, buat masa ini cukuplah filem ini jadi slot Oh My English untuk Fikri (dan juga ummi)...bukan Belligo sayang, LET IT GO!
haha...FOR THE FIRST TIME IN FOREVER, saya jadi pengulas filem animasi pula di sini. hmmm...by the way, HI, I'M Shahid AND I LIKE A WARM HUG (^_^)
Peace!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan