Selasa, 23 September 2014

Khidmat kepada guru

Point yang diperolehi daripada Syeikh Nuruddin al-Banjari di IKIM sebentar tadi ialah khidmat kepada tok guru adalah salah satu jalan mendapat keberkatan ilmu.
Doa daripada anak murid kepada gurunya adalah sesuatu yang wajar dan biasa. Namun, yang luar biasa adalah doa daripada seorang guru buat muridnya. Khidmat bakti murid mengundang ingatan tok guru kepada muridnya. Jadi jangan lokek dan berkira untuk memberi bakti walaupun kadang kala mungkin pelajaran agak terjejas.
Selalu bersuhbah (bersama-sama) dengan tok guru yang murabbi ibarat mengecas bateri handphone. Mengalirkan keberkatan dan kadang kala ibarat blue tooth yang turut memindah turun ilmu yang ada daripada sang guru kepada muridnya dengan izin Allah. Ianya sudah terbukti melalui pengalaman ulama'2 besar yang alim lagi faqih.
SubhanaLlah.
Muhasabah diri bersama. Sejauh mana adab dan hormat kita kepada guru. Semakin kurang hormat dan adab, semakin kurang keberkatan ilmu. Yang diperoleh hanya maklumat, tiada ilmu yang membentuk peribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan