Selasa, 23 September 2014

Hidup, satu ujian

Maha suci Allah yang menguasai segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun” (surah al-Mulk (67) : ayat 1-2)
Kita tidak punya pilihan…yang hidup itu pasti diuji. Pilihan yang ada hanyalah pada cara kita mendepani ujian tersebut. Hadapinya sepertimana kebanyakan manusia yang runsing dan sentiasa berkeluh kesah…
“Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir.” (Surah al-Ma’arij (70) : ayat 19 – 21)

Atau mengikut resam orang yang beriman yang tetap tenang walau hidup penuh ujian,

“Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan, dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.”

Teladanilah jalan orang mukmin, di sana akan ditemui ketenangan dan kebahagian,
“Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir. Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat. Mereka tetap setia melaksanakan solatnya…” (Surah al-Ma’arij (70) : ayat 19 – 23)
Bahagia dan ketenangan itu sentiasa ada walau liku hidup tidak seindah mana…tidak jumpa bukan kerana tidak ada. Tidak jumpa kerana tidak berusaha mendapatkannya. Ayuh, perkukuhkan hubungan dengan Tuhan yang menguji…Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Hanya Dia sumber kekuatan manusia. Perbaiki dan tingkatkan kualiti solat kerana solat yang khusyuk dan sempurna itulah penghapus duka dan keluh kesah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan